klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 20 Jun 2009

MANEK URAI : LAMBAKAN PROJEK MEE SEGERA SEBAGAI KEMPEN UMNO BN


MAFREL Kelantan telah menjalankan pemantauan awal di kawasan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manik Urai pada 16 Jun 2009 bertempat di 8 buah Unit Peti Undi (UPU) Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rex, Lakloh, Manjor, Manik Urai Luar, Manik Urai Dalam dan Sungai Perial.Hasil daripada pemantauan awal, jelas berlaku salah laku dan etika melanggar Pilihanraya.



Berberapa gambar di atas menunjukkan salah guna kuasa agensi kerajaan persekutuan bagi menjalankan projek sempena PRK Manik Urai, Kelantan.MAFREL juga cuba mengesan projek-projek segera dari agensi kerajaan negeri tetapi setakat ini masih belum ada tanda-tanda projek seumpama itu.
KESIMPULANIstilah Projek ’Mee Segera’ adalah istilah yang dipopularkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia sewaktu berkempen di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.
Ia adalah janji PM untuk tidak melaksanakan projek ’mee segera’ dalam mana-mana Pilihanraya yang disertai oleh Barisan Nasional.Daripada pemantauan awal yang dilakukan oleh Pemerhati MAFREL, jelas berlaku projek ’mee segera’ di dalam Pilihanraya Kecil DUN Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan. Tempoh projek tersebut adalah bermula dari 4 April 2009 hingga 22 Jun 2010. Kepadatan aktiviti berdasarkan tarikh adalah amat padat sewaktu tempoh berberapa hari bermulanya tempoh Penamaan Calon iaitu 6 Julai 2009 hingga tempoh masa Hari Pengundian di PRK Manik Urai.
Berberapa agensi Kerajaan telah dikenal pasti terlibat secara langsung dalam projek ’mee segera’ ialah;-
* Jabatan Kerja Raya
* KESEDAR
* Jabatan Kebajikan Masyarakat
* Kementerian Pelajaran Malaysia
* Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Program dan aktiviti kempen awal banyak tertumpu berhampiran Pusat Pengundian. Sasaran program projek ’mee segera’ adalah banyak tertumpu kepada;-
* Pelajar sekolah rendah dan menengah – ibu bapa
* Penerima skim bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat – individu yang berpendapatan rendah dan ibu tunggal.
* Penduduk di kawasan pendalaman
Maka daripada bukti bergambar di atas, dapat disimpulkan bahawa telah berlaku projek ’mee segera’ di kawasan Pilihanraya Manik Urai dan dijangkakan lebih banyak lagi projek-projek ’mee segera’ yang akan dilaksanakan semasa Tempoh Kempen bermula, iaitu selepas 6 Julai 2009.
MAFREL memandang projek-projek ini sebagai satu amalan yang amat hina kerana ia mengganggap mentaliti masyarakat Malaysia boleh digula-gulakan dengan pembangunan yang tidak teracang dengan peruntukan yang dibuat secara luar biasa yang akhirnya merugikan rakyat juga.Sampai bila pemimpin-pemimpin politik ingin meneruskan budaya memperbodohkan rakyat dan meneruskan budaya rasuah politik seperti ini.
MAFREL akan terus dengan agenda menjadikan pilihanraya adil dan bebas dan tidak akan membisu melihat kesalahan demi kesalahan dilakukan walaupun sesetengah pihak sudah mengganggap nya sebagai perkara-perkara biasa-kesalahan biasa, semua pihak buat belaka!
MAFREL Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan