klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 20 Jun 2009

Kenyataan Undi BN Dan PAS Keduanya Boleh Bawa Umat Islam Masuk Syurga


Kenyataan yang telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto), bahawa sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun PAS kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara ini masuk syurga.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.
"Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, Kuala Krai Kelantan semalam.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Muhyiddin berkata, PAS tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan negara termasuk merancang secara rapi aspek berkenaan. Beliau berkata, justeru penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu memikirkan secara rasional terhadap kebolehan parti mana yang harus dipilih untuk membaiki taraf kehidupan mereka dan membangunkan kawasannya.
"Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan," katanya. Menurutnya BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat.

FM - HAHAHAHAHA ! Fatwa baru daripada imam al-muhyiddini al-yasini al-johori !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan