klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 23 Jun 2009

Stadium Runtuh - Kenyataan Media MAMPAT


Monday, June 22, 2009 4:41 PM

MAJLIS PERMUAFAKATAN RAKYAT TERENGGANU (MAMPAT)KENYATAAN MEDIA22 JUN 2009 / ISNIN

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) terpanggil untuk mengadakan sidang akhbar pada hari ini kerana merasakan perlu dibuat suatu gesaan berkenaan isu bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh secara tiba-tiba pada 2 Jun 2009 lalu.Pertamanya, MAMPAT menyatakan sokongan penuh terhadap YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said berkenaan penubuhan suatu badan bebas bagi menyiasat punca sebenar terjadinya runtuhan bumbung stadium berkenaan.

Ini mengambil kira JKR adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap projek berkenaan kerana ianya adalah projek di bawah selenggaraan JKR.MAMPAT ragu sekiranya siasatan tersebut dijalankan oleh JKR sendiri, kerana merasakan siasatan tersebut tiada ketelusan dan akan dipertikaikan banyak pihak.

PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN

Apa yang menarik untuk MAMPAT dedahkan pada hari ini adalah bagaimana sebuah projek yang bernilai ratusan juta ringgit ini sepatutnya dipantau dan diawasi oleh JKR. Sejauh manakah penglibatan oleh pihak-pihak Perunding yang dilantik di dalam proses Pengawasan Harian sepenuh masa bagi memastikan kerja-kerja dijalankan dan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang diluluskan dan mengikut terma-termanya.
Yang dimaksudkan adalah samada dari skop strukturnya atau dari skop Arkiteknya. Memandangkan banggunan Stadium tersebut adalah sebuah banggunan yang bercirikan “Kehebatan dan Kecanggihan” bidang pembinaan, adalah suatu kewajipan sepatutnya keterlibatan sekumpulan Penyeliaan dan Pembuatan yang sangat pakar dan berpengalaman diperlukan. Namun ianya tidak terjadi.
Dari segi Pengawasan, apa yang sepatutnya berlaku adalah ;
Pengawasan projek stadium tersebut adalah di bawah Pengarah JKR Negeri. Kebiasaannya JKR akan melantik Site Officer (SO). Dalam kes ini Pengarah JKR sendiri adalah SO. Selain SO,biasanya dilantik pula wakil SO. Bagaimanapun, dalam kes ini tiada wakil SO yang dilantik.Terdapat ketidakcekapan dari segi struktur pengurusan.
Untuk Itu, MAMPAT ;
 Memohon pihak JKR untuk menyerahkan Carta Organisasi Pengawasan dan Pengurusan yang lengkap. Senarai tersebut juga haruslah lengkap dengan bidang kuasa-bidang kuasa yang telah dibenarkan.

PEMILIHAN KONTRAKTOR PAKAR

Dalam konteks Pemilihan Kontraktor Pakar, MAMPAT berasa amat dukacita kerana JKR sekali lagi dilihat tidak teliti dan professional. Selain JKR dilihat gagal menjalankan kerja-kerja pemantauan dan pengawasan, MAMPAT juga hairan bagaimana JKR telah menyerahkan kerja-kerja pemasangan bumbung kepada “Kontraktor Utama” sedangkan kontraktor terbabit tidak mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.
Bagi kerja-kerja pemasangan bumbung, peruntukan yang digunakan adalah daripada “ Wang Peruntukan Sementara “. Pada kebiasaannya, kerja-kerja ini sepatutnya melibatkan tenaga pakar dan akan dibuat secara ‘open tender’ yang berasingan. Namun, pihak JKR didapati telah menyerahkan kerja-kerja pemasangan bumbung tersebut kepada kontraktor Utama secara terus sedangkan Kontraktor Utama tidak mempunyai kepakaran untuk melakukannya apatah lagi dengan konsep “bumbung Canggih”.
MAMPAT juga mendapati bahawa, semua kerja-kerja seperti Mekanikal, Elektrikel dan C&S yang diberi secara “open tender” tidak menghadapi sebarang masalah.
Untuk Itu MAMPAT ;
 Menggesa pihak JKR untuk menjelaskan kenapakah kerja-kerja pembinaan dan pemasangan bumbung canggih ini di beri secara terus kepada kontraktor utama ?

SIKAP JKR DALAM MENANGANI PERMASALAHAN

MAMPAT juga melahirkan rasa dukacita terhadap JKR bilamana pelbagai teguran, pandangan yang diberikan pelbagai pihak terhadap permasalahan pada bumbung stadium tersebut, namun pihak JKR tidak mengambil tindakan yang sewajarnya. MAMPAT difahamkan bahawa teguran untuk membaiki bumbung juga pernah disuarakan oleh Dato’ MB sendiri, namun tiada tindakan yang diambil.
MAMPAT berasa sangat kesal dan kecewa kerana JKR yang selama ini yang terkenal dengan slogan ‘Jasa Kepada Rakyat’ telah mengabaikan amanah dan tanggungjawabnya dan lebih malang lagi apabila mendedahkan nyawa rakyat kepada bahaya.

MOHON SIASATAN BEBAS

MAMPAT sekali lagi menyeru supaya diwujudkan “Satu Badan Bebas” bagi menjalankan siasatan ini bagi memastikan ketelusan, seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap jentera kerajaan.
Atas semangat 1Malaysia juga, MAMPAT meminta badan-badan berkaitan seperti SPRM turut telus dan menjalankan siasatan sewajarnya bagi memastikan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”“Dari Rakyat Kepada Rakyat “

Wallahua’lam.

MOHAMAD FAUZI ABU SAMAH
PENGERUSIMAJLIS PERMUAFAKATAN RAKYAT TERENGGANU(MAMPAT)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan