klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 6 Julai 2009

ke manek urai dan KEJAM !

Dalam jam 2.00 pagi tadi saya mula bertolak ke Manek Urai , Kuala Krai , Kelantan. Kem Pilitik Perdana AMK berakhir jam 5.30 petang tadi dengan suksenya . program berakhir dengan Kenyataan Akhbar yang dibuat oleh Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin , Ketua AMK berkaitan mobilisasi Konspirasi Jahat Terhadap Anwar Ibrahim ( KEJAM ) bagi memastikan rakyat terutama para pendokong KEADILAN dan PR turun ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta , 8 Julai 2009 jam 9 pagi dengan memakai baju HITAM sebagai tanda sokongan moral terhadap Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Saya sengaja bertolak agak lewat kerana terlalu penat serta memberi ruang pada pemandu saya mr. zul @ awe rehat secukupnya . saya pun sama terlalu penat dengan kem dan persiapan pejabat saya di Kota Damansara . kesempatan itu saya gunakan untuk tidur dan rehat . Terkejut jam 1.30 pagi tadi dan bersiap untuk ke Manek Urai . Harap sampai di Kuala Krai jam 7 pagi dan terus ke tempat penamaan calon .
Selepas penamaan calon , saya akan melawat Bilik Gerakan AMK dan mendengar taklimat gerakerja PRK oleh Sdr W/ Chairul , Ketua AMK Negeri Kelantan . Selepas itu saya akan balik semula ke Kuala Lumpur untuk mobilisasi KEJAM.

Raub -360 KM dari Kota Bahru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan