klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 6 Julai 2009

penamaan calon PRK DUN Manek Urai

Proses penamaa calon PRK Dun Manek Urai berjalan dengan baik . Perarakan dan perhimpunan para penyokong Pakatan Rakyat di hari penamaan calon sepertimana biasa saya saksikan semangat dan komitmen yang sangat tinggi bagi memberikan sokongan moral kepada calon PAS , Mohd Fauzie Abdullah .
Segala tomohan dan fitnah BN terhadap PR yang kononnya retak menunggu belah rupanya berjaya dinafikan dengan perhimpunan hari ini . Saya dapat saksikan bagaimana komitmen para pemimpin dan penyokong PR , PAS , Keadilan dan DAP bersama mengiringi calon dan berhimpun dengan semangat muhibbah dan komitmen PR masih utuh . Saya sempat bertemu dengan teman-teman dari DAP Sabah yang turut hadir bersama dalam hari penamaan calon hari ini . Pakatan Rakyat tetap unik dan hebat .
SPR umumkan pada jam 11.30 pagi pertandingan 1 lawan 1 , PAS lwn BN. Diumumkan Sdr. Mohd. Fauzie Abdullah mewakili PAS dan Tuan Aziz Tuan Mat bagi mewakili BN .
Perang sudah bermula ! Saya diberi kesempatan menyampaikan ucapan dan saya tekankan bahawa kematangan dan kecerdikan rakyat Manek Urai akan mampu benamkan UMNgok dan BN . Saya juga selit juga dengan konspirasi jahat terhadap Anwar Ibrahim ( KEJAM ) sebagai bukti betapa tertekannya UMNgok terhadap beliau sedangkan pakar2 sahkan tiada berlaku liwat terhadap Saifool .
Saya nak berehat dulu . Petang ini Pelancaran Markas Operasi AMK oleh YB Datuk Husam Musa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan