Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.
Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Kira-kira 10 minit kemudian, anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.
10.54 pagi - Sekurang-kurangnya enam orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
Turut ditangkap ialah Lu Chuan Boon, pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila dia enggan beredar dan bertindak duduk di situ.
Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM. ADUN Rawang, Gan Pei Nee (kiri) dipukul di kepalanya ketika cuba mambantu Lu. Orang ramai berlaung 'polis ganas' ketika dia dibawa dari situ.

Pada jam 11 pagi, kebanyakan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu telah bersurai dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar turut berada di situ untuk memantau keadaan.
Bagaimanapun, kira-kira 100 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM.
Manakala anggota polis pencegah rusuhan membentuk benteng mengawal di bahagian depan bangunan tersebut.
Bagaimanapun, kira-kira 100 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM.
Manakala anggota polis pencegah rusuhan membentuk benteng mengawal di bahagian depan bangunan tersebut.
Jumlah yang ditangkap, antaranya:
YB Dr Xavier Jayakumar
Saudara Low Boon Keat - pembantu kepada YB Hee
Saudara Richard Yeow - pembantu kepada YB Dr. Cheah
YB Mike - Kapar
Saudara Shahruddin Abu Bakar
Saudara Thilai
Saudara Loh Boon Keat
Saudara Abdul Razak Ismail
Pada kira-kira jam 11.15 pagi, Anwar muncul dari bangunan SPRM bersama Kit Siang, Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.Anwar memberitahu pemberita bahawa mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad. Sambil menyatakan kesedihan mereka terhadap kematian Teo itu, Anwar berkata wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya. Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.
Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salahguna peruntukan DUN, kini hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri.
Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo. Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibupejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya. Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.

12:10pm - Dr Xavier Jayakumar telah dibawa keluar dari lori polis rusuhan PDRM dan dibawa ke balai polis untuk siasatan seterusnya. Turut dibawa adalah tujuh orang lain yang ditahan. Lu Chuan Boon yang dipukul teruk oleh polis dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan susulan.Pihak polis kini enggan memberikan peguam iaitu Latheef Koyah dan Surendran untuk bertemu tahanan dan menjalankan kewajipan mereka.
2.30pm - YB Hee Loy Sian (ahli Parlimen PJ Selatan), Sangetha Jayakumar (anak perempuan merangkap setiausaha Dr Xavier Jayakumar) serta Azmizam Zaman Huri (Ketua AMK Cabang Kota Raja) menemani dan memberi sokongan moral kepada Dr Xavier Jayakumar dan tahanan lain di dalam bilik siasat balai polis seksyen 11. Pihak polis masih belum mahu membebaskan mereka.
3:15pm Saudara Faris Musa (Timbalan Ketua AMK Malaysia) datang ke bilik Orang Kena Tahan (OKT) untuk memberi sokongan moral.
Berita mengenai kematian Teo Beng Hock yang turut disiarkan di beberapa laman web dan blog termasuk Malasyiakini pada 16 Julai 2009;Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.Pada 15 Julai 2009, beliau telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang (dipercayai tukang cuci bangunan tersebut) tentang mayat itu.Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
Bekas wartawan Sin Chew Daily yang berasal dari Melaka itu yang dikatakan berjanji kepada para pegawai SPRM untuk kembali dengan beberapa dokumen penting bagi membantu siasatan SPRM dikatakan merancang mahu mendaftarkan perkahwinannya hari ini.Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.
Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia."(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini. Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan."Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.Setakat jam 6 petang 16 Julai 2009, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.Komputer riba Teo dirampas.Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.
SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) dan Edward Lee (Bukit Gasing).
SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.R Sivarasa, yang juga ahli parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan."Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan