klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 6 Ogos 2009

ISU ADUN KEMASIK RASUAH : SPRM HARUS TELUS DAN PROFESIONAL

Saya mengucapkan syabas terhadap tindakan SPRM menangkap dan menyoal siasat YB ADUN Kemasik berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat, ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. Satu prestasi yang boleh dibanggakan oleh SPRM berbanding sebelum ini . Walaupun SPRM masih bersikap membuat pendakwaan terpilih , tetapi saya puji .

Najib Razak , Perdana Menteri Malaysia dalam kenyataannya menyatakan bahawa SPRM bersikap adil tidak mengira siapa dan menafikan dakwaan pembangkang bahawa SPRM bersikap pilih kasih dalam mengambil tindakan walaupun di kalangan pimpinan UMNO / BN . Bagi saya 1 daripada puluhan atau ratusan laporan kes rasuah dan penyelewengan yang melibatkan pimpinan UMNO/BN yang diambil tindakan .

Malah laporan rasuah terhadap Najib Razak pun SPRM terus diam membisu tanpa sebarang tindakan . Tidak ada sebarang soal-siasat dilakukan oleh SPRM keatas Najib Razak . Daripada namanya BPR ( Badan Pencegahan Rasuah ) sehinggalah bertukar kepada SPRM ( Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ) . Nama sahaja bertukar , tetapi masih berada ditakuk yang sama .

Saya melihat adalah wajar ADUN Kemasik tersebut meletakkan jawatan . Malah sewaktu ditahan terdapat wang tunai RM5000 bersama beliau . Ini bermakna pihak SPRM mempunyai bukti yang kukuh serta siasatan yang rapi sebelum mengambil tindakan menahan beliau dan 2 orang rakannya dalam kes tersebut . ADUN yang tidak sampai sepenggal berkhidmat sebagai wakil rakyat benar-benar memalukan rakyat Kemasik dan Negeri Terengganu . Inikah wakil rakyat yang dilahirkan oleh UMNO/BN? Sekiranya UMNO/BN Terengganu bermaruah sudah pasti turut sama bersetuju dan mendesak ADUN tersebut meletakkan jawatan .

Tetapi masih terdapat suara sumbang dikalangan pimpinan UMNO yang menyatakan ADUN Kemasik tersebut tidak wajar meletakkan jawatan kerana belum terbukti bersalah . Tindakan 'menegak benang yang basah' terus menebal . Mempertahankan ADUN yang tidak berintegriti dan bermoral yang sedangkan dikalangan pimpinan UMNO , JKKKK dan rakyat Kemasik mengenali lagak ADUN yang tidak sampai setahun jagung menjadi wakil rakyat ini .

Adakah ADUN Kemasik sahajakah yang terlibat dengan amalan rasuah ? SPRM seharusnya lebih aktif dan bersikap profesional . Masih banyak lagi kes-kes rasuah dan penyelewengan yang perlu diambil tindakan oleh SPRM . Kes Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh , kepincangan dan keraguan projek-projek mega di zaman pemerintahan Idris Jusoh , penyelewengan Dana Remaja , penyelewengan Duit Ehsan , rasuah pembahagian rumah , penyelewengan PPRT , salah guna kuasa oleh pimpinan UMNO /BN dan sebagainya yang dipandang sepi oleh SPRM .

Saya bersetuju dengan pandangan sahabat saya , SPRM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bertindak mencegah tetapi hanya bertindak terhadap yang sudah atau sedang mengamalkan rasuah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan