Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, setakat ini, hampir RM20 juta kerugian akibat demonstrasi anti-ISA Sabtu lalu telah ditaksir.
"Hari ini saya sudah berjumpa dengan 20 persatuan peniaga yang menghantar memorandum dan tuntutan. Saya rasa, sudah hampir RM20 juta sudah yang saya dapat.
"Tetapi ramalan saya itu kerugian keseluruhannya, termasuk kehilangan pendapatan pada masa akan datang apabila pelancong tidak datang, khususnya di Kuala Lumpur.
( http://www.malaysiakini.com/news/110061 )
1. Tiada seorang pun peserta demontrasi yang membawa senjata. Pihak polis yang mengarahkan menutup kedai, pasaraya dan jalan-jalan . Malah tiada satu rekod dari perserta itu mempunyai rekod jenayah seperti rompakkan, membunuh dan jenayah berat. Dimana kewarasan mereka yang mengarahkan menutup-menghentikan perniagaan.
2. RM 20 juta yang dinilaikan rugi. Dimana lapuran terperinci perakuanan. Perlunya Menteri Wilayah persekutuan itu menyebut RM200 juta atau RM1 Billion. Barulah menarik angka tersebut.
3. Mengapa perlu pihak Polis terlalu mengsensasikan pekara tersebut sedangkan terlalu banyak kes jenayah di Kuala Lumpur tidak dapat diselesaikan.
4. Terdapat ratusan pendatang asing dengan izin dan tanpa izin berniaga di Kuala Lumpur terutama di Jalan Chow Kit, ada yang tiada permit tinggal di Malaysia dan lesen perniagaan. Puluhan tahun peniaga tempatan tertindas dan dinafikan hak. Apakah tindakan Menteri Wilayah Persekutuan ?
5. Kononnya BN-Umno terlalu perhatin terhadap peniaga di Kuala Lumpur. Dakwanya rugi puluhan juta akibat demontrasi tersebut. Sejauh mana mereka bertindak apabila dalang-dalang menjual lot-lot Bazar Ramadan di Kuala Lumpur dengan harga tidak munsabah. Budaya ini sudah berlarutan bertahun-tahun.
6. Demontrasi ini sepatutnya dikawal bukan di provokasi dengan gas pemedih mata dan kekerasan. Dimanakah professional Polis yang diagung-agungkan selama ini.
7. Jika Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin boleh menyebut angka RM20 juta rugi. Sepatutnya beliau sebutkan juga kerugian yang dialami oleh rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar komisyen membeli beberapa helikopter dan kapal selam yang diseliakan oleh kerajaan BN-UMNO dengan jumlah lebih RM500 juta.
8. Saya ibaratkan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, "Berkokok nyaring tetapi punggung dipenuhi najis tidak berbasuh".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan