
Semua bertempiaran lari apabila pihak Polis dan FRU bertindak tanpa perikemanusiaan menghalakan tembakan gas pemedih mata dan air berasid dengan membabi buta dan tanpa belas kasihan . Agak saya antara perhimpunan paling banyak gas pemedih mata ditembak dan dihalakan ke merata tempat .
Suasana aman bertukar menjadi huru-hara dan kelam-kabut , kerana masing-masing bertempiaran melarikan diri dari mengidu dan menghadapi gas yang pedih , perit , panas dan menyakitkan itu . Lebih menyedihkan gas yang dihidu oleh anak-anak kecil dan orang-orang tua yang sudah pasti menyesak dan menyakitkan mereka . Ada yang terbatuk-batuk , menahan sesak nafas dan ada yang pengsan !
Kalau betul kita bertindak untuk melakukan keganasan , sudah pasti saya yang berada dalam
saf kepimpinan pemuda PR akan tahu . Kita tidak pernah merancang untuk bertindak sedemikian rupa . Tidak terniat di hati kita akan melakukan sesuatu yang akan memudaratkan orang awam atau negara . Malah dari dulu lagi penglibatan saya dalam perhimpunan atau demonstrasi , tidak pernah kita berbincang atau merancang melakukan huru-hara atau bertindak ganas ! Tetapi dari dulu lagi punca berlakunya sebarang keganasan dimulakan oleh pihak polis samada yang menyamar berada dalam kelompok para demostran atau pihak FRU. Memprovokasi dan menjana suasana yang panas dan ganas !

Justeru , saya menafikan sebarang kenyataan oleh para pemimpin UMNO /BN yang menuduh dan memfitnah Pakatan Rakyat atau para demonstran bahawa kita yang memulakan dan merancang keganasan . Sekiranya betul kita hendak bertindak sedemikian , sudah pasti suasana menjadi lebih teruk , harta awam dimusnah dan dirosakkan , bangunan rosak dan sebagainya sepertimana yang berlaku di beberapa negara apabila demonstrasi bertukar menjadi ganas .Kerosakkan dan huru hara ini sebenarnya dilakukan oleh pihak polis , kereta perisai menyembur air asid disembur membabi-buta . Sehingga masuk ke dalam kedai-kedai !
Sebelum pihak polis menganas , walaupun kami sudah mula ramai berada di sana , para penjual , orang awam dan kenderaan masih beroperasi dan aktiviti mereka berjalan tanpa sebarang gugatan . Sebab rakyat tahu bahawa kita bukan hendak melakukan huru hara , bukan hendak mencederakan mereka . Mereka tetap dengan aktiviti mereka , malah ada yang tidak menghiraukan langsung apa yang berlaku .
Apabila gas pemedih mata di tembak dan air asid dipancutkan , bertempiaran masing-masing menyelamatkan diri . Sudah pasti suasana menjadi kelam-kabut! Siapa yang sanggup hendak tadah muka dan badan mereka ? Lebih-lebih lagi sememangnya kita bukan hadir hendak bertindak ganas ! Tidak ada di antara kita yang membawa senjata ! Kita turun ke jalan raya dengan semangat dan kekuatan diri sendiri menyatakan bantahan terhadap ISA!
Siapa yang sanggup berdiri di situ apabila gas pemedih mata ditembak dan air asid dipancutkan . Malah lebih teruk lagi sepasukan polis ( preman atau beruniform ) berlari mengejar mangsa , seperti 'anjing mengejar anak ayam' untuk ditangkap dan humban ke dalam trak 'biru pekat' . Sebab itulah sejumlah 438 orang ditangkap . Malah saya diberitahu ada yang dibelasah dengan teruk !Siapa yang mengarah dan bertanggungjawab kepada semua tindakan brutal ini ? Malah selepas kita semua bersurai , diakhiri dengan doa oleh YB Datuk seri Tuan Guru Presiden PAS , pihak polis terus bertindak ganas ! Najib , Hisamuddin dan Musa Hasan adalah manusia yang bertanggungjawab dan mencetuskan huru-hara ini ! Kezaliman ini diarah dan direncanakan oleh mereka ini . Hari ini mereka terus memutarbelitkan kenyataan . Kecelakaan untuk mereka semua !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan