klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 18 November 2009

AMK DESAK KETUA POLIS NEGERI PERJELAS ISU TANGKAPAN ANAK EXCO KERAJAAN NEGERI TERENGGANU DALAM KES DADAH MELIBATKAN KENDERAAN EXCO KERAJAAN NEGERI

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu

19 November 2009

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan isu yang heboh diperkatakan bahawa seorang anak kepada seorang EXCO Kerajaan Negeri Terengganu ditahan baru-baru ini oleh pihak polis di dalam satu sekatan jalanraya. Dalam sekatan tersebut anak Exco itu dikatakan memandu kereta rasmi Exco milik kerajaan negeri dan pihak polis telah menjumpai dadah yang disembunyikan di bonet kereta tersebut. Jumlah dadah tersebut dikatakan jika disabitkan kesalahan boleh membuat hukuman mati mandatori.

Berdasarkan laporan banyak blog-blog menyatakan Exco Kerajaan Negeri tersebut yang juga salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Besut kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Namun begitu pihak tertentu UMNO Negeri dikatakan sedaya upaya ingin menyembunyikan serta menutup kes tersebut agar tidak dihidu oleh rakyat bagi menjaga nama baik UMNO.

AMK mengganggap sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku dan membabitkan penggunaan kereta rasmi EXCO Kerajaan Negeri Terengganu maka dalam tangkapan tersebut maka maka adalah wajar Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan kepada umum kes tersebut kerana melibatkan penyalahgunaan harta rakyat .

AMK memohon agar Ketua Polis Negeri Terengganu bertindak secara telus dan profesional tanpa mengambil sikap mendiamkan diri serta tidak bertindak menyembunyikan perkara tersebut dengan bersekongkol dengan UMNO bagi menutup kesalahan tersebut .

Selamatkan wang rakyat Terengganu ( SEMARAK TERENGGANU )

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan