klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 24 November 2009

Monsoon Cup; Sudahlah Tidak Pernah Di Audit !

- Ahmad Said Akan Sambung Perjanjian Penganjuran Selepas Tamat 2012 ?


KUALA TERENGGANU – Bagaimana mungkin perlaksanaan projek-projek kerajaan negeri Terengganu boleh menepati slogan ‘Merakyatkan Pembangunan’ sedangkan pelbagai pendedahan menunjukkan penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah ? (Gambar - kerajaan Terengganu menafikan Monsoon Cup membazir setelah Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (gambar kecil ) berkata, aduan diterima menyatakan keuntungan penganjuran sukan Monsoon Cup itu hanya diraih oleh individu tertentu sedangkan pada keseluruhannya ia dikatakan tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan)

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata penganjuran sukan perahu layar piala monsun (Monsoon Cup) bukan sahaja membazir dan tidak membawa manfaat yang banyak kepada rakyat, ia juga tidak pernah diaudit.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, perkara tersebut mendapat teguran dari Ketua Audit Negara.”Di negeri Terengganu ini, dia buat projek bukannya ikut peraturan dan prosedur, banyak projek yang dilakukan (dilaksanakan) tidak diaudit,”termasuk Monsoon Cup, dilaporkan dalam laporan (ketua) audit Negara, perbelanjaan untuk Monsoon Cup tidak diaudit, tidak dikemukakan untuk diaudit,”katanya ketika beucap dalam majlis ceramah bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, di Jalan Kelantan.

Menurutnya, berapa banyakkah perbelanjaan yang digunakan untuk menganjurkan piala Monsun tersebut dan ke atas apakah perbelanjaan tersebut dibuat, tidak dilaporkan.Sehubungan itu, Haji Wahid turut mendedahkan kecenderungan kerajaan negeri Terengganu menyambung perjanjian penganjuran Monsoon Cup yang dijangka tamat pada 2012.”Ahmad Said (Menteri Besar) berkata demikian dalam satu kenyataan yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris,”katanya yang juga wakil rakyat bagi DUN Wakaf Mempelam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat ‘Pre-Council’ wakil-wakil PAS untuk sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di pejabat Perhubungan PAS, Kuala Terengganu, semalam, 21 November.
Katanya, majoriti rakyat Terengganu menolak penganjuran perlumbaan perahu layar itu kerana ia dianggap membazir.”Berjuta-juta ringgit hasil royalti minyak dibelanjakan sedang manfaatnya kepada rakyat tempatan tidak dikecapi,”ia mesti dihentikan selepas tamat perjnajian pada 2012,”tegas Haji Wahid.

Akhbar tersebut memetik Ahmad Said berkata, sekiranya piala monsun memberi keuntungan kepada rakyat dan negeri, beliau pasti mempertimbangkan untuk meneruskannya.Perjanjian antara kerajaan negara dengan pemilik siri perlumbaan terbabit ‘World Match Racing Tour’ (WMRT) ditandatangani kali pertama pada tahun 2005.Oleh itu, nasib Piala Monsoon selepas tahun 2012 adalah tidak pasti dengan spekulasi bahawa acara akan dihentikan selepas perjanjian berakhir.”Namun, dengan pertemuan Ahmad dengan penasihat Piala Monsoon, Datuk Peter Gilmour pada hari Sabtu, (14 November) ada tanda-tanda bahawa acara ini akan kekal di Terengganu,”lapor akhbar itu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan