Selasa, 24 November 2009
Siapa dapat apa dalam urusniaga pembelian kapal selam?
KUALA TERENGGANU – Sebuah akhbar Internet bebas serantau bagi negara-negara Asia, Asia Sentinel telah mendedahkan beberapa persoalan yang timbul, ekoran pembelian dua buah kapal selam oleh kerajaan Malaysia.
Dalam tulisan analisis akhbar tersebut mendedahkan, urusniaga pembelian dua buah kapal selam Scorpene yang berukuran 66 meter, berserta penyewaan sebuah kapal selam lama Agosta dari tentera laut Perancis bernilai USD 1 bilion (bersamaan dengan RM3.39 bilion).
Dengan urusniaga itu, yuran sebesar € 114 juta, bersamaan RM 575,151,512.60 diperuntukkan kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh kawan baik dan bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda.
Pembelian kapal selam tersebut kini terus menjadi kontroversi yang dikaitkan dengan pembunuhan penterjemah dan kekasih Abdul Razak Baginda, Altantuya Shaaribuu.
Altantuya, 28 tahun, berbangsa Mongol, dibunuh pada bulan Oktober 2006 oleh dua ‘pengawal peribadi’ yang pernah berkhidmat di pejabat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak,
Selepas Razak meninggalkan Altantuya, beliau menyerahkan tanggunjawab menjaga Altantuya kepada ketua pegawai Najib, Musa Safri.
Persoalan pembelian kapal selam yang menyebabkan kematian ‘perempuan simpanan yang ditinggalkan’, dianggap menjadi satu pengajaran kepada kerajaan Malaysia dan Perancis, oleh akhbar tersebut.
Apatah lagi timbulnya perkaitan baru dengan kes tersebut minggu lalu, apabila dilaporkan penyiasat persendirian P. Bala mendedahkan, seseorang yang rapat dengan Najib bersedia membayar RM5 juta (US $ 1.48 juta) untuk melupakan kenyataannya tentang Najib dan Altantuya.
>>> Ikuti Seterusnya Cherchez The French, Who got what for the sale of French submarines to Malaysia?
buletinonline
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan