klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 15 November 2009

Youth Dialogue For A Better Malaysia

Hari ini 14 November 2009 saya menghadiri jemputan daripada KL Bar Young Lawyers Committee di Malaysia Bar Council , Jalan Tun Perak , Kuala Lumpur . Program tersebut bermula jam 10.15 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari .
Program tersebut dihadiri oleh pimpinan pemuda parti-parti politik dan NGO . Sayap pemuda parti-parti yang hadir ialah dari Pakatan Rakyat ialah AMK dan DAPSY . Manakala daripada Barisan Nasional ialah Pemuda MCA , Pemuda Gerakan dan Pemuda PPP . Youth For Change juga turuta hadir di atas koata NGO . Sdr. Lai Chee Hoe , Chairperson daripada KL Young Lawyers Committe memaklumkan Dewan Pemuda PAS tidak hadir kerana mereka ada Mesyuarat EXCO DPPP pada hari dan masa yang sama . Adalah amat terkilan dan kecewa ketidakhadiran Pemuda UMNO , menurut Chairperson bahawa Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO akan menghantar 2 orang wakil tetapi sehingga tamat dialog tidak ada kemunculan mereka . Takut ke ¿????? Saya bersama Sdri. Ginie Lim hadir bagi mewakili AMK . Khai Loon ( Ketua Penerangan AMK ) hadir atas tiket Youth For Change .
Sdr Lai Chee Hoe mengucapkan tarima kasih di atas kesudian semua yang hadir dan mengharapkan diskusi tersebut akan berjalan lancar bagi membincangkan beberapa isu . Terdapat 6 isu utama yang akan di bincangkan . 1. Ethnic Relations 2. Internal Security Act ( ISA ) 3. Bi Partisan Co-operation 4. Fundemantal Libertis 5. Parliamentary Reforms dan 6. The Way To Move Forward .
Dalam isu Ethnic Relations – wakil KLBLC memulakan dengan mencetuskan isu-isu hubungan kaum yang signifikan di Malaysia . Adakah benar-benar seperti ungkapan 1 Malaysia atau ianya tidak berlaku , Isu perkauman masih lagi tercetus . Termasuk dalam bidang pendidikan dan sebaginya . Bagaimana hendak merealitikannya sedangkan masih berlaku masalah kaum , ketidaktelusan . Adakah hanya apabila hidup aman damai , bertegur sapa , bekerja bersama dan sebagainya itukah yang dinamakan ‘unity’.
Perbincangan berjalan cukup menarik dan peserta dialog secara aktif membincangkan isu tersebut dengan baik dengan dibantu daripada Chairperson .
Wakil Pemuda PPP terus menyatakan bahawa sistem persekolahan 1 aliran dengan diajar bahasa Cina dan Tamil akan membentuk penyatuan tersebut . Ianya bermuda daripada pendidikan kepada anak-anak . Wakil DAPSY menyatakan isu sekolah 1 aliran bukan dapat menyelesaikan polemik tersebut .
Saya menegaskan bahawa UMNO dan parti-parti BN yang berteraskan kaum ( MCA dan MIC ) menyebabkan timbulnya permasalahan tersebut serta polisinya . 1 Malaysia hanyalah kosmetik sahaja sedangkan UMNO masih terus memperjuangan isu perkauman dengan “Ketuanan Melayu” dan yang baru sekarang dengan slogan “Pemimpin Melayu”. Pengalaman sebagai bekas ahli dan pimpinan UMNO serta tenaga penceramah BTN , di mana BTN dan UMNO sentiasa mendidik ahli-ahli mereka dan rakyat terutama orang Melayu untuk membenci kaum lain dan hanya menumpukan kepada “melayu” sahaja . Masalah perkauman tidak akan selesai .
Kekecewaan dirasai apabila ketiadaan Pemuda UMNO dalam diskusi tersebut . Saya menegaskan bahawa UMNO mempergunakan Dasar Ekonomi Baru untuk kepentingan mereka . Bukan Melayu sahaja yang miskin . Terdapat orang cina yang miskin dan orang India yang miskin . Mereka juga juga turut perlu dibantu , bukan Bumiputera sahaja .
Semua bersetuju bahawa Dasar Ekonomi Melayu wajar dihapuskan dan diadakan dasar yang lebih relevan untuk rakyat Malaysia .
Wakil MCA macam hilang arah , nada pun sealiran dengan kami . Begitu juga dengan wakil Pemuda Gerakan . Saya tegaskan bahawa bukan sahaja DEB perlu dihapuskan tetapi termasuk melakukan reformasi ke atas polisi . Isu tersebut dibahas dengan panjang lebar sehingga terpaksa diberhentikan oleh chairperson kerana sudah hampir jam 12 tengahari .
5 isu lain tidak dapat dibincangkan kerana kesuntukan masa . Sdr. Lai Chee Hoe mengucapkan tarima kasih di atas perbincangan yang sangat baik dan memperlihatkan kesungguhan untuk membentuk Malaysia yang lebih baik .
Saya juga tuirut menyatakan bahawa apa yang dibincangkan tidak menjadi permasalahan terhadap AMK kerana kita ada Agenda Ekonomi Malaysia yang dibawa oleh Sdr. Anwar Ibrahim adalah lebih baik serta adil bagi mengantikan DEB dan kewujudan Platform Pakatan Rakyat oleh Datuk Zahid Ibrahim yang mempunyai polisi yang lebih baik kepada rakyat . Apa yang diperjuangankan oleh PKR dan PR adalah ke arah membentuk dan merealitikan Malaysia yang lebih baik .
Program dialog tersebut adalah merupakan satu permulaan yang baik dan akan diadakan di masa akan datang bagi membincangkan 5 isu yang tidak sempat dibincangkan dalam dialog tersebut .
Program berakhir jam 12 tengahari .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan