Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Malaysia akn mengadakan GERAKAN KEADILAN UNTUK ANWAR ( JUSTICE FOR ANWAR ) bermula 11 Disember 2009 sehingga 24 Januari 2010 di seluruh negara bagi menjelaskan isu-isu berkaitan 'konspirasi jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim' ( KEJAM ) melibatkan isu fitnah liwat yang bakal dibicarakan bermula 25 Januari - 25 Februari 2010 .
AMK akan menjalankan pelbagai aktiviti seperti ceramah , edaran risalah , forum dan diskusi serta demonstrasi bagi menjana mobilisasi dan kesedaran rakyat terhadap kes yang ternyata fitnah bagi tujuan menjatuh dan mengaibkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Doktor dan Pakar Perubatan telah mengesahkan Saifool masih "DARA" ! Tiada sebarang tusukan atau koyakkan pada lubang bontot Saifool . Bermakna TIADA LIWAT ! Keputusan mahkamah untuk meneruskan kes dan menafikan afidavit serta rekod perubatan dari Pusrawi dan HKL membuktikan pakatan jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim . Ini merupakan rekod yang pertama dalam dunia - TIADA LIWAT , TIADA ROGOL tapi kes mesti dibicarakan !
Usaha para konspirator dan UMNO/BN untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar sekali lagi ! Mereka cukup takut untuk berdepan dengan Anwar . Memasukkan Anwar ke jeriji besi akan melumpuh dan melemahkan Pakatan Rakyat !
justice for anwar ! justice for anwar ! justice for anwar !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan