klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 6 Disember 2009

Hak dan Kepentingan Golongan OKU Perlu Terjamin

Negara-negara di dunia serta pelbagai pertubuhan antarabangsa digesa bertindak untuk menjamin hak dan kepentingan orang kurang upaya (OKU), dan mendorong pembangunan masyarakat tanpa halangan ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Milenium.
Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam ucapannya semalam sempena Hari OKU Antarabangsa.Menurutnya, ramai OKU masih mengalami diskriminasi dalam kehidupan seharian. Hak dan kepentingan yang wajar dinikmati mereka masih tidak terjamin.
Beliau menggesa negara-negara di dunia melaksanakan sepenuhnya "Konvensyen Hak OKU" untuk memastikan golongan tersebut diberi peluang yang sama dengan anggota masyarakat yang lain.CRI/

1 ulasan:

  1. Salam. Kami yang terlibat secara tidak langsung dalam menyediakan pelbagai kemudahan kepada OKU di peringkat bank telah mengambil inisiatif menterjemah beberapa artikel mengenai perbankan dalam bentuk braille. Bank Negara Malaysia juga telah menggesa pihak bank menyediakan seorang kakitangan bagi membantu OKU menjalankan urusan transaksi di kaunter, selain menyediakan ATM yang mesra OKU. Kini OKU cacat penglihatan boleh menandatangan cek mereka sendiri dengan adanya "tempelate" cek untuk mereka.

    BalasPadam