klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 7 Disember 2009

Piala Monsun: Terengganu Bazirkan RM2.4 bilion

Kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said membazir sebanyak RM2.4 bilion wang rakyat dengan menganjurkan Piala Monsun yang sedang berlangsung ketika ini.
Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Rosli Abdullah mendedahkan bahawa dengan perbelanjaan sebanyak RM300 juta setahun maka jumlah untuk tempuh lapan tahun kontrak penganjuran bermakna RM2.4 bilion yang dipercayai wang ehsan hasil petrol, hangus.
Beliau berkata, "dengan jumlah tersebut kerajaan negeri boleh membina 80,000 unit rumah kos rendah dengan harga RM30,000 sebuah untuk rakyat Terengganu."Dengan jumlah wang itu juga, kerajaan negeri boleh memberi biasiswa kepada anak-anak Terengganu sebanyak RM50,000 setiap seorang untuk 48,000 pelajar," tambah beliau.
Menurut Rosli, penganjuran Piala Monsun ini adalah bertujuan untuk mengagih-agihkan projek kepada ahli-ahli Umno-Barisan Nasional (BN) menerusi sebuah syarikat kroni T-Best Events yang dibentuk oleh kerajaan negeri.
Tugas syarikat kroni ini ialah untuk mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan mengagih-agihkan kerja-kerja kepada kontraktor dan sub-kontraktor bagi mengaut keuntungan, cetusan dari peruntukan RM300 juta setiap tahun itu."Inilah bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dan kita tidak menolak kemungkinan terdapat unsur-unsur rasuah yang sudah menjadi darah daging Umno-BN yang semakin hari semakin parah," ujar beliau.
Katanya, para peserta perahu layar pada pertandingan Piala Monsun pula terdiri dari para peserta luar negara dan sedikit pun tidak menguntungkan rakyat tempatan.Rosli berkata, kerajaan negeri Terengganu hendaklah mencontohi negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat membantu warga emas sebanyak RM2,000 seorang apabila ditimpa musibah, sebanyak RM2,500 untuk ibu tunggal dan memastikan setiap keluarga memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM400 sebulan.Beliau menyeru kerajaan negeri supaya memperpanjangkan bantuan komputer riba bernilai RM1,500 sebuah yang disediakan kepada kanak-kanak sekolah rendah tahun lima pada ketika ini, kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah."Terengganu yang kaya dengan hasil minyak dan dibiarkan rakyatnya hidup dalam kemiskinan merupakan satu agenda politik kotor supaya rakyatnya terus bergantung hidup kepada Umno-BN," tegas beliau.
Senario yang samalah menyebabkan Kerajaan Kelantan mahu royalti diberikan, bukan wang ehsan yang akan disalahgunakan.Beliau kata dakwaan Awang Adek kononnya, wang ehsan akan sampai ke semua rakyat tanpa mengira pegangan politik hanyalah gimik.
Apa yang digusarkan, hanya sekelumit wang ehsan sampai ke rakyat ‘terpilih’ selebihnya disalahgunakan untuk diagih-agihkan di kalangan kroni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan