klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 7 Disember 2009

mampukah Abu Kassim kembalikan integriti SPRM ?

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) mengalu-alukan perlantikan Abu Kassim Mohamed , Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang bakal menerajui SPRM pada 1 Januari 2010 bagi mengantikan persaraan awal Ketua Pesuruhjaya SPRM Ahmad Said Hamdan .
SPRM telah dilihat oleh seluruh rakyat sebagai satu badan yang berada di bawah telunjuk pimpinan Kerajaan dan UMNO/BN . Integriti dan kredibiliti SPRM sudah dilihat semakin buruk dan menjadi badan yang gagal menangani dan membenteras gejala rasuah sehingga meletakkan prestasi rasuah negara semakin merosot dan memalukan .
Laporan Tansperancy International (TI) terhadap Indeks Persepsi Rasuah 2009 meletakkan Malaysia di kedudukan ke-56 daripada 180 negara yang mana skor untuk indeks rasuahnya hanyalah 4.5 mata daripada 10 mata. Tahun lalu Malaysia berada di kedudukan ke-47 dengan 5.1 mata. Menjunam 9 anak tangga daripada tahun 2008 . Bukti yang menunjukkan SPRM adalah gagal dan tidak berkemampuan menjadi badan yang mampu menangani masalah rasuah di Malaysia .
Kematian dan pembunuhan Teo Beng Hock yang melibatkan SPRM menjadikan integriti dan kredebiliti SPRM jatuh merudum di mata rakyat . Malah sikap pendakwaan terpilih oleh SPRM menjadikan badan ini sudah tidak dihormati oleh rakyat Malaysia . Selagi SPRM masih berada di bawah kuasa Perdana Menteri , selagi itulah peranan dan fungsi SPRM tidak akan dicapai lebih-lebih lagi SPRM dilihat sebagai ‘penyelamat’ pemimpin UMNO / BN .
Mampukah Abu Kassim seperti kenyataannya mengembalikan integriti SPRM yang semakin parah dan tidak bermaruah ini apabila mengambilalih daripada Ahmad Said ? Sedangkan beliau juga adalah merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM sekarang yang turut sama bersama Ahmad Said mengurustadbirkan SPRM yang menjadikan SPRM cukup tidak berintegriti .
AMK menganggap kenyataan bakal Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut hanyalah bersifat retorik dan beliau tidak akan mampu mengotakannya .
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan