klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 12 Januari 2010

JAMIL KHIR USAH MAIN WAYANG !

Jamil: Gereja wajar gugurkan 'Allah'
Seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pemimpin-pemimpin gereja di negara ini wajar mengambil pendekatan sama dengan seorang tokoh Kristian di Sabah yang meminta masyarakat Kristian di Malaysia menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah 'Allah'.
Datuk Jamil Khir Baharom berkata pendekatan sedemikian boleh memberikan ruang bagi meningkatkan kerukunan dan keselamatan negara serta meredakan ketegangan yang timbul berikutan tuntutan penggunaan kalimah 'Allah' oleh Gereja Roman Katolik dalam penerbitan mingguannya, Herald.
"Saya amat mengalu-alukan supaya pihak ini mempunyai kesedaran dan tanggungjawab terhadap keselamatan negara dan keamanan di Malaysia.
"Saya rasa gereja lain juga sewajarnya memahami keadaan dan sejarah (mengenai penggunaan kalimah 'Allah' di negara ini) secara mendalam," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara itu di Putrajaya hari ini.

Jamil Khir usah main wayang ! Hari ini kamu meletakkan Mahkamah Syariah menjadi mahkamah kelas ke dua , mencemar maruah mahkamah syariah . Jawapan kamu dalam parlimen pada 27 Oktober 2009 bahawa perbicaraan Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan akan dilaksanakan selepas perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Sivil benar-benar menghina dan meletakkan maruah syariat Islam di tapak kaki!
Sedangkan kamu tahu bahawa perbezaan antara kes syariah dan kes jenayah sivil. Sedangkan kamu tahu bahawa perbicaraan tersebut tidak memerlukan untuk menunggu perbicaraan kes jenayah sivil tersebut selesai.
Kamu memang berniat jahat ! Sanggup menjadi alat para konspirator untuk menghancurkan Anwar Ibrahim. Kamu sanggup mengajar rakyat untuk tidak menghormati syariah Allah dan meletakkan maruah Mahkamah Syariah terlalu rendah!
Tidak sangka selepas kamu diangkat menjadi menteri yang ditugaskan menjaga urusan Islam tapi kamu khianati . Bersekongkol dengan manusia-manusia yang zalim . Menjadi penjilat penguasa yang jijik dan kotor. Pembunuh dan perasuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan