klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 11 Januari 2010

Kes bakar gereja : Najib Harus Bertanggjawab !

Setelah keputusan mahkamah memberikan kebenaran kepada majalah Herald untuk menggunakan perkataan "Allah" ianya menimbulkan kontroversi yang benar-benar mengusarkan banyak pihak terutama menimbulkan rasa kurang senang umat islam di seluruh negara . Kebenaran majalah kristian tersebut menggunakan perkataan "Allah" mencetuskan suasana 'hangat' dan UMNO cuba menjadi dalang utama membakar hati orang melayu dan islam agar mengambil sikap sebagai pejuang isu tersebut. Usaha mengadakan protes dan demonstrasi membantah keputusan mahkamah tersebut mendapat reaksi dari pimpinan UMNO dan Najib Razak selaku PM telah bertindak mengeluarkan kenyataan menyokong usaha tersebut apabila tindakan mengadakan demonstrasi di Masjid Negara . Najib Razak telah memberikan lampu hijau sedangkan dalam masa yang sama Musa Hasan selaku Ketua Polis Negara menghalang tindakan berdemonstrasi . Akhirnya polis terpaksa akur apabila Najib sendiri yang membenarkan berlakunya perhimpunan tersebut.
Ekoran daripada kebenaran dan reaksi positif Najib , akhirnya berlaku tindakan membakar gereja di sekitar lembah Klang dan beberape buah lagi . Tindakan tersebut benar-benar menimbulkan suasana panik apabila tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab menggunakan 'molotov coktail' menyerang gereja-gereja tersebut, syukur tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku .
Tindakan membakar gereja tersebut adalah tindakan keterlaluan dan bertentangan dengan ajaran Islam . UMNO yang selama ini bertindak merosakkan Islam hari ini cuba menjadi jaguh dalam isu tersebut.
Justeru Najib Razak wajib bertanggungjawab ! Najiblah yang bertindak membenarkan kesemua itu berlaku serta didalangi oleh UMNO. Najib wajar dipersalahkan dalam tindakan 'bodoh' manusia binatang yang bertindak tanpa akal fikir. Tindakan yang boleh mencetuskan pertelingkahan Islam-Kristian di Malaysia . Hari ini kita bakar gereja mereka , esok masjid kita pula dibakar oleh mereka !
Islam tidak pernah melarang orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah. Terdapat nas atau firman Allah dalam Al-Quran yang jelas tidak menghalang penggunaan perkatan 'Allah' . Islam juga tidak membenarkan kita mengganggu rumah ibadat agama lain .
1 Malaysia yang cuba dicetuskan oleh Najib ternyata retorik dan bohong semata-mata. Najib dan UMNO cuba meraih keuntungan daripada isu ini rupa-rupanya gagal . Najib hendak menjadi 'hero' yang dapat menyelesaikan isu ini . Tembelang Najib semakin dihidu oleh rakyat . Heret Najib ke muka pengadilan atau sumbat ke dalam ISA kerana najib punya ketegangan ini !

Polis buat apa? sepertimana biasa ... polis buat BODO je la !

FM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan