klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 15 Februari 2010

AMK TERENGGANU AGIH LIMAU & UCAPAN GONG XI FA CHAI





Pada 11 Febuari 2010 , bertempat di beberapa buah kedai kopi kaum cina di Kg. Banggol , AMK Terengganu telah berkunjung menemui kaum cina bagi mengagihkan limau dan mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada mereka.
Mereka menyatakan inilah kali pertama orang keadilan memberikan mereka limau dan mengucapkan selamat tahun baru kepada mereka. Mereka juga bertanyakan khabar Datuk Seri Anwar dan menyatakan sokongan kepada Ketua Umum serta tidak mempercayai kes tersebut.
Saya terasa bangga apabila sewaktu hendak keluar daripada kedai kopi tersebut mereka melaungkan "Hidup Anwar".

Pada hari Jumaat , 12 Febuari 2010 , jam 10.30 pagi AMK Terengganu telah mengadakan program mengagihkan limau dan mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada kaum cina di Bandar Kuala Terengganu bertempat di pasar pagi Kg. Tiong.
Saya bersama-sama teman-teman AMK Terengganu ( Sdr Lim - Naib Ketua AMK Terengganu , Sdr. Saado - EXCO AMK Terengganu , Sdr. Mie - EXCO AMK Terengganu ) dan turut dihadiri Pak Awi dan Ayahwan Ismail ( AJK Keadilan Cabang Kuala Terengganu ) mendapat sambutan yang sangat baik oleh masyarakat cina yang sedang membeli belah untuk persiapan menyambut perayaan tahun baru cina .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan