saya terlalu bosan dengan cerita-cerita rekaan dan fitnah yang dibuat bertujuan mengaib dan menjatuhkan saya . hanya kesabaran dan kekuatan diri membuatkan saya hanya mendiamkan diri dan bertindak mempertahankan diri apabila perkara tersebut diajukan kepada saya .
terima kasih kepada mereka yang apabila mendengar cerita daripada mereka yang fasiq ini .. bertemu dan meminta penjelasan dan kebenaran . tapi adalah amat sedih apabila ada yang terus menjaja cerita , memfitnah dan menambah cerita . semoga Allah SWT memaafkan mereka.
teringat kepada pesanan guru saya ...
" setiap kali kita di fitnah dan diaibkan.. sabar dan tenang .. Allah hendak mengangkat martabat diri kita.. maruah dan keimanan kita.. apabila kita mendengar cerita keaiban seseorang .. Allah melarang kita menjaja dan mengaibkan orang itu.. walaupun perkara itu benar.. sekiranya tidak benar bukankah kita memfitnahnya.. kerana fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh!".
" seseorang yang suka memfitnah dan mengaibkan seseorang sebenarnya ianya bertujuan untuk menutup keaiban dan perbuatan dirinya sendiri lalu melontarkannya kepada orang lain dengan tujuan memalukan orang itu atau menjatuhkan seseorang itu".
Semoga Allah SWT memberikaj kekuatan kepada diri saya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan