Petang tadi saya dihubungi oleh wartawan TV Selangor untuk memberikan komen terhadap tindakan saifool membuat laporan polis ekoran keluar dalam facebook oleh penyokong DSAI mengugut beliau untuk dibunuh .
Saya menyatakankan ini tindakan propaganda murahan dan tindakan memfitnah oleh saifool yang sudah tertekan dengan keadaan yang ada . Ianya tidak lari daripada perancangan jahat yang cuba dibuat oleh para konspirator yang bertujuan memburukkan imej para penyokong DSAI yang tidak terlalu bodoh untuk bertindak sedemikian terhadap beliau.
Sedangkan Saifool yang sentiasa dikawal rapi oleh pihak polis . Sekiranya para pendokong dan penyokong DSAI hendak buat sedimikian rupa , sudah lama boleh bertindak bodoh sebegitu . Adakah benar yang mengirimkan ugutan tersebut adalah merupakan penyokong DSAI utau upahan tertentu yang bertujuan untuk mencemar nama baik DSAI dan para penyokong DSAI yang saya dapati selama ini sangat berakhlak dan bermoral. Tidak pernah kita merancang sebarang tindakan yang bertujuan memudaratkan sesiapa.
Dimahkamah tadi pun , tiada sesiapa pun yang menyentuh , menghina atau bertindak biadap terhadap sdr Ruslan Kasim , hanafiah Man , Lokman Nor Adam yang hadir ke Mahkamah atas kes arsenik . Walaupun mereka semua orang ketahui mereka bertindak menyerang keadilan dan DSAI. Itu moral penyokong reformasi dan DSAI!
Saifool tetap seorang pembohong ! pemfitnah!
Tolak Fitnah 2 ! Selamatkan Malaysia !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan