klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 25 Februari 2010

Kenapa UMNO sanggup biarkan rakyat hidup menderita ?

Balik daripada Kuala Selangor malam tadi selepas menghadiri program ceramah SELAMATKAN MALAYSIA saya update facebook. sampai di rumah pun sudah jam 4.15 pagi. Selepas subuh saya masuk bilik dan rebahkan badan untuk tidur . Di luar kenderaan mula bising. Maklumlah flat yang saya sewa ini betul2 dengan trafic light . Deruman kereta , lori , motor dan semua jenis kenderaan membuktikan rakyat mula bergerak ke destinasi untuk berkerja . Mata saya pejamkan tapi saya masih tidak dapat lelap .
Otak bergerak ke serata ceruk . Saya cuba hentikan semua itu . tapi otak terus menjalar... saya masih belum dapat beradu. Di benak fikiran saya masih lagi menerawang.. teringatkan beberapa siri lawatan saya ke rumah-rumah orang-orang miskin di Kg. Hiliran Jejawi ( di bawah Jambatan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu ) . Tak pernah saya terfikir sebelum ini ada lagi manusia yang tinggal di rumah sebegitu . Rumah setinggan yang ada tak lulus dipanggil rumah ! Tapi di situ mereka tinggal dan berteduh . Anak-anak ramai , kotor dan tidak selesa .
Saya ke sana untuk sampaikan sumbangan barang makanan ke pada 2 keluarga miskin . Semua diuruskan oleh Pak Awi dan Pak Mat . Saya ikut sahaja . Merekalah yang banyak bantu saya untuk mencari orang-orang miskin terutama di kawasan DUN Bandar dalam program saya Program Cakna Rakyat .
Allah sahaja yang tahu betapa tersentuh hati saya melihat kehidupan mereka . Berbekalkan hidup dengan bantuan JKM hanya RM200 sebulan . Pak Muda , sakit asma , badan kurus hanya kulit membalut kerangka diri . Isteri terlantar sakit . Waktu saya datang , isteri beliau sedang dimandikan oleh anaknya .
Satu keluarga lagi begitu juga . Si anak bercerita , hendak dapatkan bantuan baju sekolah pun pengerusi JKKK tidak layan . Duit bantuan zakat pun dah lama di tarik . Kerana 'orang hijau'. Si ayah dah lama sakit angin ahmar . Tapi semangatnya kuat .
Dari kedua-dua cerita yang saya dapat semuanya bermula dengan Pengerusi JKKK yang tidak adil , pilih kasih dan tidak menjalankan tanggungjawab . Saya pun hairan bagaimana kawasan perumahan setinggan ada cawangan UMNO dan ada JKKK ? Sedangkan nasib dan kehidupan mereka tidak terbela ! Bila-bila masa mereka boleh dihalau sekiranya kerajaan hendak ambil semula tanah tersebut . Di rumah-rumah mereka banyak bendera BN dan UMNO . Ada yang buat dinding rumah !
Sewaktu selesai lawatan saya , Pak Awi beritahu , Pak Muda bisik pada beliau . Dari pagi mereka tak makan nasi lagi . Sebiji beras pun tidak ada di rumah sebab tidak ada duit nak beli . Ya Allah !
Kenapa UMNO biarkan mereka hidup sebegitu ? Tidak ada usahakah untuk berikan mereka rumah yang lebih selesa ? Semua bantuan mesti melalui JKKK . JKM pun mesti mendapat pengesahan JKKK . Saya dapati , semua masalah bermula daripada JKKK . Termasuk kes di Kg. Paya . Mereka tidak akan bantu rakyat takut kepentingan mereka tergugat . Elaun mereka ditarik sekiranya tidak menjadi pengerusi atau AJK JKKK . Kalau penyokong pembangkang , jangan harap dapat bantuan termasuk Duit Ehsan yang RM300 setahun .
MB Terengganu pun pernah datang melawat di situ masa piluhanraya kecil. Meraih undi . Tetapi tidak punya 'mata' untuk melihat penderitaan rakyat .
saya perlu buat sesuatu !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan