klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 24 Februari 2010

saya cabar Saiful Bahari Ketua pemuda UMNO Terengganu BERDEBAT

MENYANGKAL KENYATAAN SDR SIAFUL BAHARI , KETUA PEMUDA UMNO NEGERI TERENGGANU DAN CABARAN BERDEBAT SECARA TERBUKA ISU HALATUJU ANAK MUDA TERENGGANU SERTA SIAPA PENGKHIANAT MELAYU TERENGGANU ?

Saya menyangkal kenyataan Sdr. Saiful Bahari Baharuddin , Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu yang meminta agar AMK dibubarkan dan menyertai bersama-sama Pemuda UMNO yang mempunyai hala tuju jelas dalam perjuangan parti . Apa halatuju Pemuda UMNO ? Halatuju apa yang diperjuangkan oleh Pemuda UMNO ? Adakah hala tuju mendapatkan projek-projek bernilai ratusan jutaan ringgit ? Halatuju apa yang di bawa oleh Pemuda UMNO terutama Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu dalam memperjuangkan nasib anak-anak muda Terengganu ? adakah halatuju sekadar mengula-gula atau merasuah anak-anak muda Terengganu dengan Dana Remaja RM200 – RM300 ? Halatuju apa yang dibuat oleh Pemuda UMNO apabila laporan Ketua Audit Negera 2008 membuktikan penyelewengan wang rakyat , pembaziran wang rakyat dan salahgunakuasa pentadbiran kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu ? Halatujua apa yang dibuat oleh Pemuda UMNO dalam memperjuangkan isu rakyat yang dizalimi , diinaya konon atas nama pembangunan sehingga memangsakan rakyat terutama orang-orang Melayu yang miskin dan dhaif ? Hala tuju apakah yang dilaksanakan oleh Ketua pemuda UMNO Negeri Terengganu dalam mengaut keuntungan dan kepentingan diri dalam projek-projek yang mengorbankan rumah dan tanah rakyat ?Apakah halatuju Pemuda UMNO dalam pengagihan Wang Ehsan atau Dana Khas yang bersifat tidak adil dan pilih kasih? Halatuju apa yang dimainkan oleh Pemuda UMNO sebagai parti kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda negeri Terengganu ?

Saya MENCABAR Sdr Saiful Bahari , Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu menjelaskan kepentingan beliau dalam MZ Hakujaya Sdn. Bhd. terhadap projek runding terus membina jalan bernilai RM226 juta . Ianya melibatkan pembinaan jalan dari Kg Jeram ke Kg. Tok Kong dan Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda , keseluruhannya berjarak kurang lebih 5 kilometer . Projek yang melibatkan 14 buah rumah di Kg. Banggol Donas terpaksa menerima nasib bakal dirobohkan . Projek jalan tersebut dibantah oleh penduduk-penduduk di situ sejak 31 Januari 2008 yang tidak dihiraukan oleh pihak berkuasa termasuk ADUN . Difahamkan projek bernilai RM226 juta tersebut telah pun dijual kepada kontraktor cina . Adakah itu halatuju Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu ? Pemimpin Pemuda UMNO kaya raya jual projek , ahli-ahli Pemuda UMNO melopong dan rakyat terus terinaya .

Sebenarnya halatuju Pemuda UMNO yang semakin kabur dan memperlihatkan kelembapan dan kecelaruan halatuju yang sudah kehilangan sokongan anak-anak muda Terengganu sehingga terpaksa menggunakan wang untuk meraih sokongan . Masalah dalaman UMNO Terengganu yang parah menjadikan pergerakan Pemuda UMNO dilihat sudah tidak signifikan lagi untuk anak-anak muda Terengganu . Kenyataan tersebut membuktikan bahawa Pemuda UMNO semakin tertekan terhadap sokongan anak-anak muda Terengganu yang lebih berpihak kepada parti-parti Pakatan Rakyat dan memperlihatkan peningkatan jumlah keahlian anak-anak muda menyertai Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat . Yang wajar dibubarkan ialah Pemuda UMNO dan kita pelawa mereka bersama AMK untuk bersama memperjuangan rakyat yang terus terinaya dan dizalimi .

AMK Negeri Terengganu juga menyangkal tuduhan bahawa Parti Keadilan Rakyat memperjuangkan individu tertentu dan bukan rakyat menjadi keutamaan. 17 prinsip Parti Keadilan Rakyat adalah tunjang perjuangan parti yang lebih relevan dan memberikan keutamaan kepada perjuangan rakyat serta dasar Pakatan Rakyat yang dipersetui bersama parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah lebih relevan dan lebih baik daripada dasar yang dilaksanakan oleh UMNO/BN . Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat terus kukuh dan tidak tergugat dengan kemelut yang berlaku yang sebenarnya cuba digembar-gemburkan oleh media yang dikuasai oleh UMNO/BN .

Sdr. Saiful Bahari Baharuddin harus sedar adalah menjadi tanggungjawab AMK memperjuangkan keadilan dan kebenaran terhadap pakatan jahat dan fitnah yang dikenakan ke atas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehingga perbicaraan tersebut dipertikai , diragui , tidak adil dan menjadi bahan ketawa kepada dunia .

Tuduhan yang tidak berasas dan dangkal telah dibuat oleh beliau dengan menyatakan Parti Keadilan Rakyat tidak mampu memberikan kepercayaan bukan sahaja kepada rakyat dan golongan muda . Pilihanraya ke 12 yang lalu adalah bukti yang cukup nyata bagaimana prestasi Parti Keadilan Rakyat mampu meraih sokongan daripada 1 kerusi pada PRU ke 11 kepada 31 kerusi parlimen menjadi kerusi majoriti kepada Pakatan Rakyat dan meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang dan seterusnya disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Saya juga menyangkal kenyataan prejudis serta rasis dan mengapi-apikan perkauman dan sentimen agama oleh Sdr. Saiful Bahari Baharuddin terhadap fitnah larangan DAP atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap larangan membatalkan perarakan Maulidur Rasul sedangkan DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan arahan sebegitu dan ianya adalah satu pembohongan .

Saya juga MENCABAR Sdr. Saiful Bahari , Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu untuk BERDEBAT SECARA TERBUKA bertajuk AMK ATAU PEMUDA PERLU DIBUBARKAN : halatuju dan Siapa Pengkhianat Melayu Terengganu . Saya bersedia bila-bila masa dan menetapkan kepada beliau menentukan tarikh dan masanya yang sesuai serta melantik seorang moderator yang dipersetujui bersama .

Saya memberikan tempoh selama 7 hari untuk beliau menjawab dan menyahut cabaran saya . Sekiranya beliau tidak menjawab dan meyahut cabaran saya , saya akan meyediakan gelanggang pedebatan dan akan menetapkan tarikh dan masanya untuk beliau hadir .

FARIZ MUSA

Ketua AMK Negeri Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan