klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 7 Oktober 2010

ANWAR TAK KEMARUK PENGHARGAAN DARIPADA PEMUDA UMNO

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO tidak akan memberi penghargaan kepada bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis penghargaan untuk bekas Ketua Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri ketiga-tiga sayap UMNO itu di sini, Jumaat ini.

Pemuda UMNO terus kemaruk dengan kenyataan bahawa tidak akan memberikan penghargaan kepada Anwar Ibrahim yang merupakan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO . Ini adalah kerana Anwar Ibrahim telah menyertai pembangkang dan adalah tidak wajar dan janggal bagi menganugerahkan penghargaan kepada beliau yang pernah menerajui dengan cemerlangnya pergerakan pemuda parti tersebut .

Itulah budaya pemuda UMNO yang akan menafikan sejarah dan tidak mengenang jasa serta budi . Bak kata perumpamaan " seperti kacang lupakan kulit " . Sekiranya Pemuda UMNO ikhlas dan 'gentleman' sudah pasti tanpa mengira sesiapa dan latar belakangnya , sebagai bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO , sudah pasti Anwar Ibrahim akan dijemput untuk menerima penghargaan tersebut pada Jumaat ini .

Saya yakin dan percaya , Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tidak kemaruk untuk memperolehi penghargaan dari pemuda UMNO . Malah Anwar Ibrahim tidak selayaknya menerima penghargaan tersebut dari sebuah parti rasis yang selama ini memfitnah beliau .

Adalah tidak rugi bagi Anwar Ibrahim sekiranya tidak dihargai oleh Pemuda UMNO. Kredibiliti Anwar Ibrahim bukan daripada anugerah dan penghargaan terhadap beliau tetapi idealisme dan perjuangan rakyat . Kekuatan Anwar Ibrahim bukan kerana dijulang kerana hadiah dan penghargaan tetapi karisma beliau dalam memertabatkan agenda ketuanan rakyat .

Sememangnya Anwar Ibrahim akan dinafikan apa sahaja di dalam negara sendiri . Terutama daripada Pemuda UMNO . Tetapi Anwar Ibrahim tetap dinobatkan negarawan ulung di mata dunia . Dihormati dan pandangan beliau menjadi tarikan utama kepada dunia . Termasuk rakyat Malaysia yang melihat Anwar sebagai " Bapa Reformasi " yang akan membawa Malaysia yang lebih baik dan cemerlang .

Cukuplah Pemuda UMNO , usah 'berkokok' lagi dengan isu tersebut . Yang pasti Anwar Ibrahim tidak KEMARUK dengan penghargaan anda .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan