Keputusan di PRK Galas dan Batu Sapi benar-benar kurang selesa kerana PR kalah dan memberikan kemenangan kepada BN . Kekalahan di Batu Sapi memang sudah dijangka awal lagi , cuma ramai agak terkejut dengan kekalahan di DUN Galas . Sehingga lupa yang DUN Galas PAS menang dalam PRU 12 agak kecil majoritinya. Tetapi PRK yang merupakan kali ke 12 dan 13 tersebut memberikan kesan kepada PR .
PR masih mendahului kemenangan daripada 13 PRK iaitu 8 (PR) dan 5(BN). Sebenarnya untuk menang dalam PRK adalah sesuatu kerja yang sukar .PR bukan berdepan dengan UMNO atau BN semata-mata . Tetapi berlawan dengan seluruh jentera kerajaan Pusat yang dikerah membantu calon-calon BN . Penggunaan wang serta amalan rasuah yang sudah sinonim dengan UMNO/BN turut membantu kepada kemenangan UMNO/BN . Fitnah dan pelbagai kaedah tidak bermoral turut mewarnai kempen setiap kali PRK berlaku . Begitu juga dengan SPR yang turut membantu kemenangan BN .
Banyak perkara yang perlu diteliti dan dibedah siasat agar kita mencari strategi dan kaedah/manhaj yang terbaik terutama dalam menghadapi persiapan PRU 13. Saya bersetuju dengan pandangan bahawa jalan menuju Putrajaya bukan mudah . Banyak perkara yang perlu diperbaiki dan disantuni agar dapat diperbaiki bagi menghadapi PRU 13 yang sangat penting dalam muafakat kita menuju Putrajaya .
Saya sangat menghargai dan bangga dengan gerakerja jentera parti keadilan yang yang penuh komited dalam menjalankan gerakerja kempen sepanjang PRK . Termasuk beberapa hari saya bersama teman-teman membantu di PRK DUN galas dan 4 hari membantu jentera di PRK Batu Sapi . Sememang tidak dinafikan jentera tempatan sangatlah kurang . Tetapi itu sudah menjadi biasa setiap kali PRK . Tetapi ada juga rakan-rakan daripada cabang-Cabang dari seluruh negeri Sabah dan AMK Sabah memberikan komited kepada PRK Batu Sapi . Batu Sapi boleh dikatakan majoriti gerakerja kempen digerakkan dan dilaksana serta dibantu oleh jentera daripada Semenanjung . Pengalaman kami terlalu banyak PRK di Semenanjung .
Terutama jentera Penyelaras Komunikasi ( PKom ) Selangor , AMK dan wanita yang secara serius bekerja bagi memenangkan calon daripada Parti Keadilan Rakyat di Batu Sapi . Tinggalkan keluarga tersayang daripada 26 Oktober sehingga sekarang ini . Tidak sia-sia saya melatih dan menyediakan latihan kepada PKom-PKom ini . Ada yang bekerja di Daerah-Daerah Mengundi ( DM ) dalam keadaan penuh kesulitan , tiada jentera tempatan , masalah pengangkutan , masalah kewangan dan pelbagai masalah . Dan ditangani dengan baik oleh mereka . Malah ada yang sakit , kurang rehat dan keletihan .
Sebagai parti yang dianggap "orang luar" sememangnya sukar . Berbanding BN diwakili oleh Parti Bersatu Sabah ( PBS ) dan SAPP yang merupakan parti kelahiran Sabah . Parti Keadilan pula punyai reputasi yang kurang enak berdasarkan insiden PRU-PRU yang lalu . Berpunca daripada calon yang dilantik oleh parti . Malah rakyat Batu Sapi tidak mengenali Parti Keadilan sebaik mereka mengenali PBS dan SAPP .
Namun PRK ini merupakan titik tolak awal perjuangan Parti Keadilan Rakyat ( keadilan ) di Batu Sapi . Rakyat sudah mula mengenali parti Keadilan . Lambang , pimpinan dan sedikit sebanyak perjuangan parti dari kempen-kempen yang dilakukan oleh jentera-jentera parti . Kehadiran Tokoh Reformasi , YB datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut mewarnai kesediaan rakyat Batu Sapi memahami dan mengenali perjuangan parti keadilan .
Syukur walaupun kita dianggap "orang luar" atau "parti orang Semenanjung" , tetapi kita telah berjaya memperolehi sejumlah 3,414. Mengalahkan SAPP yang parti dan calonnya sudah cukup dikenali oleh rakyat Sabah berbanding Parti keadilan . Angka yang sangat memberangsangkan . Bermakna rakyat Batu Sapi sudah dapat menerima Parti Keadilan . Lebih-lebih lagi dalam pengalaman beberapa hari di Batu Sapi , saya dapat saksikan bagaimana anak-anak muda sudah menerima , mengenali dan sedia bersama dengan parti keadilan . Anak-anak kecil sudah pandai menjeritkan "REFORMASI" dan "HIDUP KEADILAN" setiap kali kami melewati kampung-kampung orang Melayu dan di bandar Sandakan .
Saya optimis dan berkeyakinan , sampai dan tiba masanya , generasi muda Batu Sapi akan mengubah lanskap politik di sini . Menolak BN dan berani membuat perubahan berbanding ibu bapa mereka dan orang dewasa melayu .Kaum cina di Batu Sapi menampakkan secara positif menyokong parti keadilan .
Kemenangan BN di Batu Sapi bukannlah kerana kekuatan BN . Tetapi 'kuasa' duit yang membeli undi rakyat Batu Sapi terutama orang Melayu . Orang Melayu di Batu Sapi hidup dalam kemiskinan dan kedhaifan . Sedih tengok kehidupan mereka . Kemiskinanlah yang membuatkan mereka terpaksa menyokong BN kerana umpanan wang ringgit yang dapat menyelesaikan kewangan mereka 1 , 2 hari ini . Mereka menderita seumur hidup mereka tidak mengapa . UMNO/BN memang tidak mahu melihat rakyat hidup senang . Lagi miskin rakyat lagi kuat kebergantungan kepada UMNO/BN .
Memang sukar untuk mereka berani membuat perubahan . Mereka sememangnya miskin harta benda , miskin ilmu . Tidak berpendidikan dan berpelajaran . Sudah pasti akan mudah diperbodohkan oleh UMNO/BN termasuk habuan rasuah . Daripada 10 orang kanak-kanak yang saya jumpai atau berkerumun di kenderaan yang saya naiki , hanya 2 orang sahaja yang bersekolah . Mereka akan mewarisi kemiskinan ibubapa mereka.
Terima kasih kepada semua jentera parti yang bekerja bertungkus-lumus penuh komited dan istiqamah . Semoga Allah membalas jua . Jangan putus asa dan kecewa. Teruskan perjuangan untuk rakyat .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan