klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 31 Januari 2011

Hisamuddin Harus Arah Polis siasat hubungan Najib dengan Isreal /Yahudi atau letak jawatan

Saya mendesak supaya Datuk Hisamuddin Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri supaya mengambil tindakan terhadap hubungan Najib Razak dengan Isreal / Yahudi ! Hubungan intim Najib Razak yang bukan sahaja boleh menjejaskan keselamatan negara tetapi mengugat sensitiviti rakyat yang membenci kezaliman dan kerakusan Isreal yang merampas secara haram tanah Palestin serta membunuh rakyat yang tidak berdosa .

Tindakan Najib Razak yang membiayai dan menggunakan perkhidmatan APCO Worlwide adalah sangat merbahaya . Malah terdapat salinan dokumen perjanjian Malaysia-APCO Worldwide yang dikemukakan DS Anwar Ibrahim , menyatakan penglibatan Sekretariat Akhbar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad sebagai saksi perjanjian tandatangan pegawai kerajaan Malaysia dengan syarikat perunding Israel tersebut .

APCO Worldwide membuka pejabatnya di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas mengikat kontrak lumayan itu dengan kerajaan Najib. Syarikat tersebut mempunyai majlis penasihat antarabangsa termasuk beberapa tokoh yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel seperti Shimon Shein bekas duta Israel ke Jerman, Itamar Rabinovich bekas duta Israel ke Amerika Syarikat dan Doron Bergerbest-Eilon bekas pegawai tinggi Agensi Keselamatan Israel.

Bukankah dengan bertindak dengan menggunakan RM 77 juta wang rakyat membiayai kos kontrak perjanjian tersebut diambil sikap dingin oleh Menteri Dalam Negeri dan membiarkan keselamatan negara berada dalam suasana yang kritikal ?Wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah rakyat Malaysia . Dengan tindakan mengadakan perjanjian dengan APCO ini akan memungkinkan agensi perisikan Isreal sperti Shin Bet dan kerajaan Isreal dapat mengakses dan menggugat keselamatan negara .

Saya benar-benar merasa hairan dengan sikap kebisuan Menteri Dalam Negeri yang letakkan keselamatan negara dalam situasi sebegini tanpa mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya . Sikap double standard Hisamuddin Hussein seolah-olah membuktikan penglibatan beliau dalam isu ini .

Kewajaran Hisumuddin Hussein meletakkan jawatan kerana beliau tiada integriti dan kredebiliti untuk menjaga keselamatan negara yang sedang diakses oleh musuh . Beliau seharusnya bersikap telus dan profesional demi kepentingan negera dan rakyat . Tindakan bersekongkol dengan jenayah Najib Razak ini adalah membuktikan kegagalan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang turut seharusnya diambil tindakan sewajarnya oleh Polis Diraja Malaysia .

Ubah Sekarang , Selamatkan Malaysia !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan