Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, justeru tidak mustahil, bukan Islam juga turut menerima tempias daripada fahaman Islam yang dipengaruhi sentimen bangsa oleh pihak tertentu demi melunaskan agenda politik masing-masing.
"Kalau orang Melayu awam, mereka kadang-kadang faham Islam macam mana yang ditonjolkan oleh kehendak politik kebelakangan ini. Islam yang menimbulkan permusuhan, Islam yang menghalang orang bukan Islam itu memahami Islam dengan lebih mudah, Islam yang menghalang perpaduan, Islam seperti ini mereka dapat dari media.
"Isu-isu ini cuba dimainkan dan kerana ini mereka juga terikut-ikut dengan apa yang dibawa oleh media perdana dan media cetak umpamanya yang menyebabkan mereka mentafsirkan Islam dalam kerangka Melayu. Saya rasa mereka ini menjadi mangsa percaturan kehendak orang politik yang menggunakan Islam," jelas Dr Asri ketika dihubungi Tv Selangor.
Beliau merujuk laporan media arus perdana yang berunsur provokatif seperti yang menimpa Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan banyak lagi.
Media hari ini melaporkan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai berkata, orang Melayu yang menolak Islam lebih teruk daripada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tulisan Lee dalam bukunya yang berjudul “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.
Lee dalam tulisannya menyebut, ajaran Islam boleh menghalang integrasi dan pembangunan di negara republik itu.
Menjelaskan hal itu, Dr Asri berkata terdapat beberapa teori boleh diambil berhubung tanggapan Lee terhadap Islam.
"Mungkin Lee Kuan Yew memahami Islam sepertiman dia lihat fahaman Islam sesetengah pihak seperti di Malaysia yang cuba menonjolkan Islam yang lebih bersifat kemelayuan, bukan bersifat Islam sebenar," kata Dr Asri.
Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin berkata, apa yang disuarakan oleh Nik Aziz harus diambil diiktibar oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam di negara ini.
Ujarnya, teguran yang dibuat oleh alim ulama seperti Nik Aziz haruslah dihormati dan dijadikan iktibar.
"Orang yang belum masuk Islam seperti Lee Kuan Yew, dia memang tidak mengerti bahawa Islam itu sepenuhnya adalah kebaikan. Islam itu adalah rahmat dan nikmat serta hadiah Allah kepada umat sejagat.
"Tetapi bagaimana dengan orang yang telah mengaku beriman tetapi mereka sendiri tidak mahu menjadikan Islam itu sebagai landasan perjuangan. Malah mereka mahu menguburkan Islam, mereka mahu mengalahkan Islam malah mencanggahi ajaran agama dan menolak para alim ulama," kata Ustaz Ghani.
Menurut Ustaz Ghani, amalan pemerintah hari ini yang mirip kepada corak nasionaslisme dan mengenepikan ajaran Islam, haruslah segera dihentikan.
Jumaat, 28 Januari 2011
Media Arus Perdana Kelirukan Melayu, Bukan Melayu Kena Tempias- Asri
SHAH ALAM 27 JAN : Media arus perdana Malaysia yang berada di bawah kawalan pemerintah menjadi antara penyumbang masyarakat Melayu di negara ini terkeliru dengan ajaran Islam sebenar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan