
Kalau tidak takut untuk berdepan dengan DS Anwar , kenapa mengambil sikap menolak cabaran debat tersebut dengan pelbagai alasan yang menampakkan kebaculan dan kedayusan . Sebelum ini DS Najib mengelak dengan alasan " membuang masa " dan pelbagai alasan yang terlalu dangkal sehingga Khairy Jamaluddin , Ketua Pemuda UMNO menghina beliau dengan kesediaan berdebat dengan DS Anwar .
Cabaran debat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia , DS Anwar Ibrahim masih terbuka untuk beliau . Rakyat sedang menanti perdebatan tersebut dan kita cabar DS Najib dedahkan apa yang dinyatakan dalam ucapan tersebut . Tindakan DS Najib menampakkan sifat kepondanan kerana sehingga sekarang masih belum berani menyatakan kesediaan berdebat dengan DS Anwar .
Perdebatan ini sangat penting . Penting agar rakyat dapat mengetahui secara jelas demi kebaikan rakyat dan negara . Kita yakin perdebatan ini akan mampu merungkai permasalahan dasar atau polisi yang selama ini ditutup oleh DS Najib , UMNO dan BN .
DS Najib cuba untuk kaitkan dengan kes Fitnah 2 yang cuba menafikan keterlibatan beliau dalam konspirasi jahat terhadap DS Anwar . Mengeluarkan kenyataan tidak profesional dengan tujuan mengaibkan DS Anwar .

Sebagai pimpinan utama Pakatan Rakyat dan juga Ketua Pembangkang , kesediaan DS Anwar mencabar Perdana Menteri dan juga selaku Pengerusi Barisan nasional adalah satu yang seharusnya berlaku . Lebih-lebih lagi apabila tindakan DS Najib memperlekehkan program 100 hari Pakatan Rakyat .
Apa lagi , kalau betul tidak takut untuk berdebat dengan DS Anwar , jadikankan PRK Tenang sebagai lokasi terbaik debat tersebut berlangsung . Cabaran masih terbuka buat DS Najib . Ada berani ?????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan