
Tindakan kerajaan Rejim Najib - Rosmah semakin keterlaluan apabila bertindak melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) . Satu tindakan yang melampau dan bacul kerajaan yang takut dengan bayang - bayang sehingga sanggup untuk bertindak terhadap kebebasan media . Tindakan tersebut adalah tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.
Saya melihat betapa takutnya kerajaan Rejim Najib - Rosmah terhadap media online sehingga mengambil sikap secara autokratik meminda PPPA agar segala penyaluran maklumat dapat dikekang dikalangan rakyat . Sikap dan tindakan melampau ini memberikan gambaran sikap bacul dan takut UMNO / BN untuk berdepan dengan realiti politik .

Sudah pasti media online yang dilihat pro PR akan menjadi sasaran penguatkuasaan undang-undang apabila akta ini diluluskan . Media online akan berdepan " arus gelap" dan penafian kebebasan media . Laman web dan blog yang mengkritik kerajaan adalah sasaran mereka serta termasuk para pengguna laman sosial seperti facebook akan berdepan dengan akta tersebut .

Nazri Aziz , Menteri Jabatan Perdana Menteri juga berkata, garis panduan itu antaranya akan merangkumi peruntukan dalam Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2001, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.Ia juga akan merangkumi peruntukan dalam Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.Satu penggunaan undang-undang secara total bagi menyekat suara dan kebebasan media dan rakyat .
Ketakutan UMNO / BN terutama Rejim Najib - Rosmah terhadap media online begitu ketara dan tidak mampu dibendung lagi . Ramai pengamal media menganggap tindakan drastik kerajaan ini adalah lebih teruk daripada Dr. Mahathir serta untuk terus mengawal kebebasan media di negara .
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri , Hishammuddin Hussein mengumumkan garispanduan tersebut sedang disiapkan untuk menangani peningkatkan kes-kes hasutan dan fitnah yang membabitkan media online dan laman sosial. Kenyataan tersebut secara jelas membuktikan sikap sebenar kerajaan bukan kepada memfokuskan kepada unsur-unsur keselamatan negara tetapi adalah bersifat kepentingan politik UMNO / BN .
Kebimbangan Rejim Najib - Rosmah sebenarnya terhadap media online yang dilihat akan mampu menghasut rakyat untuk menolak UMNO / BN dalam PRU 13 nanti . Segala informasi oleh media online terhadap kritikan kepada mereka akan dilihat sebagai fitnah dan akan menggunakan akta tersebut bagi mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang . Rejim Najib - Rosmah sudah semakin terdesak dan gambaran PRU 13 cukup semakin hampir .
Rakyat harus bangkit menentang tindakan pindaan akta yang akan dibentangkan dalam Parlimen nanti .
UBAH SEKARANG , SELAMATKAN MALAYSIA !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan