klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 20 Januari 2011

NOH OMAR BAGAI CACING KEPANASAN : 24 JANUARI PENENTU SIAPA PENDERHAKA DYMM SULTAN

Semalam dalam Belutin Utama TV3 , saya tengok Noh Omar bagaikan 'cacing kepanasan' apabila tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat ( PR ) Selangor berjaya mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor bagi mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Jan ini. Noh cuba mengungkapkan bahawa Kerajaan PR Selangor sedang tersepit dengan isu perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sehingga sanggup menderhaka kepada DYMM Sultan .

Ungkapan menderhaka kepada DYMM Sultan cuba dimomokkan kepada rakyat supaya memberikan persepsi bahawa MB Besar dan pimpinan PR Selangor telah bersikap kurang ajar menderhakai DYMM Sultan lantaran tindakan tidak mempersetujui perlantikan dan mempertikaikan Khusrin yang dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor . MB Selangor dan Kerajaan PR Selangor menganggap perlantikan Khusrin adalah bersifat 'politik' oleh UMNO dan Kerajaan Persekutuan dengan membelakangkan Sultan dan MB Besar . Mempunyai agenda tersembunyi dengan menggunakan undang-undang menafikan pandangan MB Selangor dan Kerajaan Negeri .

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Adakah tindakan mengembalikan kuasa Sultan yang telah ditarik pada tahun 1993 oleh kerajaan UMNO / BN dan Mahathir Mohamad adalah satu penderhakaan ? Sewaktu krisis imuniti Raja-Raja , UMNO sanggup menghina dan mencerca institusi Beraja sehingga nafikan kuasa dan imuniti yang selama ini dimiliki oleh DYMM Sultan- Sultan . Segala kuasa DYMM Sultan diubah dan dipinda perlembagaan serta telah memusatkan segala kuasa terutama perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri , Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang oleh Kerajaan Persekutuan .

Tindakan MB Selangor dan pimpinan PR Selangor ialah satu usaha bagi mengembalikan maruah dan kuasa DYMM Sultan yang telah ditarik oleh UMNO . Walaupun menyedari bahawa sesuatu pindaan perlembagaan memerlukan 2/3 majoriti daripada ADUN-ADUN menyokong usul tersebut dan berdasarkan kepada jumlah ADUN PR adalah tidak mencukupi dan memerlukan sokongan daripada ADUN-ADUN UMNO /BN . Adakah ADUN-ADUN UMNO/BN termasuk Noh Omar akan mengambil sikap tidak menyokong atau berkecuali ? Tindakan tersebut adalah secara jelas satu PENDERHAKAAN terhadap DYMM Sultan Selangor !

Siapa yang sebenarnya tersepit ? Siapa yang sebenarnya PENDERHAKA ?

Pakatan Rakyat menghormati dan menjunjung kasih kepada institusi beraja sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan dan diulangi kesetiaan sepertimana yang terkandung dalam Janji Jingga PR iaitu "Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagan".

Usaha murni Kerajaan PR Selangor ialah untuk mengembalikan kuasa kepada DYMM Sultan dan MB Selangor dalam menjana pentadbiran negeri yang lebih cemerlang . Insiden perlantikan Khusrin adalah satu tanda awal bagi membuka kebobrokan UMNO yang rakus dan tamak demi kepentingan politik mereka hingga sanggup membelakang dan menderhaka kepada DYMM Sultan .

24 Januari 2010 akan menentukan siapakah PENDERHAKA kepada DYMM Sultan . UMNO atau Pakatan Rakyat ? Kita akan lihat dan dengar apa reaksi Noh Omar selepas ini !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan