Hari ini berlangsung Sidang DUN Selangor setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor bagi membentang usul oleh MB Selangor bagi meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Sepertimana yang dinyatakan oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; dari istana, suruhanjaya perkhidmatan dan kerajaan negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.
Cadangan Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya Perkara 52(1) hari ini jelas Menteri Besar Selangor hanya bertujuan mengembalikan peruntukan yang asal serta ruang kepada semua pihak secara jelas berkenaan perlantikan pegawai kanan kerajaan negeri.
Pindaan tersebut akan mengembalikan kuasa kepada DYMM Sultan , Menteri Besar dan Kerajaan Negeri bagi menentukan perlantikan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang telah dirampas oleh Kerajaan Persekutuan ekoran isu imuniti raja-raja pada tahun 1993 .
Sudah pasti pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor ini adalah satu usaha oleh Pakatan Rakyat agar menjunjung dan mendaulatkan DYMM Sultan Selangor di atas prinsip Raja Berperlembagaan serta menjunjung perlembagaan negara , undang-undang tubuh negeri dan Rukun Negara agar kuasa dalam menentukan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri bukan lagi ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan .
Sepertimana yang saya jangkakan , ADUN-ADUN UMNO/BN akan mengambil sikap tidak menyokong usul pindaan tersebut dan menganggap tindakan Pakatan Rakyat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan bermotifkan politik .
Ternyata dengan insiden ini membuktikan secara jelas UMNO adalah PENDERHAKA kepada DYMM Sultan . Tindakan tidak bersetuju dan menyokong pindaan Undang-Undang TubuhNegeri Selangor tersebut yang mahu mengembalikan kedaulatan DYMM Sultan adalah satu tindakan melampau penderhakaan kepada DYMM Sultan . UMNO lebih rela kuasa Sultan dirampas , dinafikan kuasa dan hak , menghina dan mencerca DYMM Sultan .
Kalau benar UMNO yang selama ini mendabik dada sebagai jaguh dalam melaungkan kedaulatan dan ketuanan Sultan , sudah pasti akan menyokong 100% usaha Pakatan Rakyat yang ingin mengembalikan kedaulatan dan ketuanan DYMM Sultan . Kerana kepentingan politik mereka , sanggup menentang usaha murni ini .
Polemik perlantikan Mohd Kursrin Munawi telah membuka mata banyak pihak terutama rakyat bahawa kuasa dan kedaulatan DYMM Sultan telah dirampas oleh UMNO . UMNO cuba berselindung dengan menyatakan bahawa perlantikan Mohd. Kusrin telah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor dan tidak perlu dipertikaikan . Sedangkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang telah dipinda pada tahun 1993 tidak menyatakan dengan jelas sebarang peruntukkan memerlukan kepada perkenan DYMM Sultan Selangor .
Tetapi Pakatan Rakyat menjunjung kuasa dan kedaultan DYMM Sultan dengan mengusulkan pindaan Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1) tersebut . Pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan DYMM Sultan dan Kerajaan Negeri .
ADUN-ADUN UMNO/BN Selangor adalah PENDERHAKA kepada DYMM Sultan Selangor ! Tindakan mereka hari ini membuktikan kesahihan bahawa UMNO adalah PENDERHAKA KEPADA SULTAN . UMNO dengan bangga melakukan tindakan seolah-olah DYMM Sultan seperti " lembu yang dicucuk hidung" . Demi kepentingan politik mereka .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan