klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 22 Januari 2011

UMNO / BN TAKUT PENGUNDI CINA DUN TENANG

Hari ini 'gendang perang' PRK DUN Tenang telah bermula . PR lawan BN. PR diwakili oleh PAS yang meletakkan calon daripada muslimah Cikgu Normala Sudirman , manakala BN yang diwakili oleh UMNO iaitu Sdr. Mohd. Azhar Ibrahim . Dijangkakan pertembungan sengit yang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di DUN Tenang .

Manakala seramai 5,635 pengundi Cina iaitu 38% dilihat menjadi kunci utama sama ada memberikan kemenangan , pengurangan majoriti atau kekalahan terutama kepada BN . Sebab itu ianya memberikan kegusaran yang amat ketara kepada BN iaitu kebimbangan pengundi cina akan berpaling arah memberikan sokongan kepada calon PR , Cikgu Mala .

Keyakinan UMNO terhadap pengundi Melayu dilihat begitu memberangsangkan , lebih-lebih lagi kewujudan beberapa buah FELDA di DUN Tenang memungkinkan sokongan orang melayu khususnya peneroka FELDA yang merupakan 'fixed deposit' kepada UMNO selama ini . Tetapi kegusaran mereka ialah terhadap para pengundi cina .

MCA yang dipimpin oleh Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek telah memulakan gerak kempen yang melampau dengan agenda menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan agenda penubuhan negara Islam oleh PAS, tetapi kali ini dengan mengheret DAP sekali. Dalam risalah kempennya pada pilihan raya kecil di Tenang, MCA mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS.

Isu perkauman dan keagamaan menjadi bahan utama kepada MCA yang bertujuan meraih sokongan para pengundi cina kepada BN . Disebabkan oleh ketandusan isu , MCA mengungkitkan isu lapuk ini bagi tujuan mengapi-apikan sentimen yang boleh menimbulkan ketegangan dan mengugat kehormanian dalam PRK Tenang .

Kenyataan TPM Datuk Seri Muhyiddin Yassin cukup membuktikan bahawa UMNO bersetuju dengan tindakan MCA dengan berkata bahawa tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

Saya yakin para pengundi di DUN Tenang terutama masyarakat cina tidak berfikiran bodoh terhadap propaganda murahan yang dilaksanakan oleh MCA tersebut . Tindakan menakut-nakutkan pengundi-pengundi cina dengan isu 'negara Islam' ini adalah bukti nyata bahawa tindakan "pelakon video lucah" ini sudah kekeringan idea dan startegi .

Saya menyokong kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas , Dato' Seri Tok Guru Hj. Abdul Hadi Awang bahawa tindakan menakut-nakutkan pengundi cina dengan isu murahan tersebut tidak mengusarkan PAS . "Ini isu lama. Masyarakat kita kini lebih memahami... mereka telah lihat keadaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS - Kelantan, Perak, Terengganu dan Kedah , peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga BN, tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil" .

Saya mengharapkan agar seluruh jentera PR di PRK DUN Tenang dapat meningkatkan gerakerja dengan mendekati para pengundi cina yang bakal membuang undi pada 30 januari 2011 nanti . Memahamkan mereka tentang Islam agar segala dakyah songsang dan sesat yang dilakukan oleh UMNO / BN akan lenyap di telan bumi .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan