klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 23 Januari 2011

WAHAI MUHYIDDIN : GURU MESTI SETIA KEPADA KERAJAAN BUKAN KEPADA UMNO/BN

Saya terpanggil untuk memberikan komen terhadap kenyataan yang dibuat oleh TPM merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan " adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan " , "Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan ". Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) peringkat Johor, di Pagoh, hari ini.

Sebagai bekas guru selama 17 tahun , yang menerima kesan daripada penglibatan aktif dalam politik dan kepartian , saya telah dihukum kerana dosa saya menyertai Parti Keadilan Rakyat . Saya telah kenakan tindakan tatatertib dan pada tahun 2000 diarah bertukar ke SJK (C) Jabor , Kemaman , Terengganu ( sempadan Terengganu - Pahang ) selama 3 tahun dan seterusnya diarah bertukar lagi ke SK (Felda ) Palong 14 , Jempol , Negeri Sembilan selama 5 tahun . 8 tahun saya , isteri dan anak-anak diinaya , terpisah . Dinafikan hak dan ada yang membuat saya seperti 'penjenayah' kerana dosa saya ialah bersama Parti Keadilan Rakyat dan DSAI .

Pada tahun 2008 , saya diarah sekali lagi bertukar ke Pejabat pelajaran Daerah Jempol/Jelebu di atas arahan MB Negeri Sembilan termasuk dikenakan tindakan tatatertib . Selama sebulan saya berulangalik daripada Felda Palong 14 ke Serting , Jempol dan tinggal di dalam stor bawah tangga bersama tukang kebun kerana saya tidak diberikan apa-apa tempat di pejabat tersebut dan hanya duduk dalam bilik Pegawai Kaunseling PPD . Akhirnya saya dipanggil oleh DSAI dan meminta saya meletakkan jawatan dan bertanding di Parlimen kemaman sewaktu PRU 12 lalu . Tamatlah riwayat perkhidmatan saya sebagai guru .

Alhamdulillah sepanjang perkhidmatan saya , saya pernah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan oleh PPD Marang pada tahun 1997 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005 .

Kenyataan Muhyiddin Yassin seolah-olah meragui kesetiaan para pendidik ini terhadap negara dan kerajaan . Para guru , adalah insan yang telah didik dan diasuh agar meletakkan keutamaan kesetiaan dan sokongan kepada negara dan kerajaan . Menjalankan tugas dan tanggungjawab mendidik anak bangsa tanpa mengeluh dan penat lelah bagi melahirkan aset negara dan pembinaan modal insan untuk negara . Segala polisi dan perubahan sukatan yang diamanahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan dengan penuh komitmen . Guru bagi saya adalah insan yang terbaik .

Kenapa mempertikai sokongan dan kesetiaan para guru ? Guru insan yang mengajar dan mendidik anak murid agar menjadi insan yang 'kamil'. Yang dapat mengenal baik dan buruk . Menjadi insan yang berketrampilan , berakhlak dan bermoral berlandaskan jasmani , emosi , rohani dan intelek ( JERI ) serta berpaksikan kepada Tuhan . Sepertimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

Bagaimana guru wajib taat setia kepada kerajaan yang dipimpin oleh UMNO / BN yang banyak melakukan kerosakkan kepada negara ? Rasuah , penyelewengan , ketirisan dan perompakan secara tersusun dilaksanakan oleh kerajaan ini . Guru yang baik sudah pasti tidak akan sesekali memberikan kesetiaan kepada kerajaan yang melakukan pelbagai kebejatan dan kebobrokkan konon atas nama bangsa dan negara .

Guru adalah manusia terbilang , berinformasi dan berilmu . Guru akan menyokong segala polisi dan dasar kerajaan yang memberikan kebaikkan kepada rakyat terutama anak didiknya . Setiap berlaku perubahan sistem pendidikan , pengubalan sukatan dan setiap kali menteri bertukar , segala-galanya berubah , tetapi guru adalah manusia yang sentiasa patuh dan akur , menjalankan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab .

Kesetiaan apa yang dimaksudkan oleh Muhyiddin Yassin ? Kesetiaan kepada UMNO / BN ? Kesetiaan kepada kerajaan adalah kewajiban yang perlu dilaksanakan oleh para guru . Bukan kesetiaan kepada kepartian . Guru harus diberikan kebebasan , bukannya mengongkong mereka dengan perkara yang sengaja diada-adakan oleh UMNO/BN iaitu kesetiaan kepada Kerajaan UMNO/BN . Sedangkan kerajaan adalah lain dan parti adalah lain . Bertukar parti pemerintah pun kerajaan tetap wujud dan didokong oleh rakyat .

Sewaktu saya bertugas sebagai guru , kesetiaan saya kepada kerajaan usah dipertikai . Segala arahan dan tugasan dilaksanakan dengan sebaik mungkin . Sebab itu saya dicalonkan dan dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kerana saya menjalankan tugas saya sebaik mungkin . Kalau saya bukan guru yang baik , melanggar polisi dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia , mengajar tidak mengikut silibus yang diarah , tiada disiplin dan buat ikut suka , sudah pasti saya tidak akan mendapat anugerah tersebut .

Begitulah semua guru di Malaysia ini . Kesetiaan mereka kepada negara dan kerajaan tidak pernah berbelah bagi . Menjalankan tugasan yang diamanah dengan baik . Sedangkan apa yang diperolehi oleh guru di Malaysia ? Mereka tiada SOCSO , tiada jaminan kepada anak-anak mereka , tiada doktor panel dan sebagainya . Anak guru tidak semestinya dapat keistimewaan menjadi guru . Tiada MRSM untuk dikhaskan kepada anak-anak guru , sedangkan anak polis dan askar ada . Rumah-rumah guru ( quaters guru ) ada yang tidak dibaikpulih , dinaik taraf , dibaiki dan ada yang tidak sempurna terutama di pendalaman .

Guru harus sedar , mereka bukan setaraf lembu yang boleh dicucuk hidung . Mereka ada prinsip dan maruah . Guru yang hebat tidak akan terpengaruh dengan doktrin " kesetiaan kepada kerajaan UMNO/BN ". Muhyiddin tidak perlu mempersoal dan mempertikai sokongan politik mereka . Mereka adalah rakyat Malaysia dan mereka ada hak sebagai rakyat . Bukan kerana mereka menjawat sebagai penjawat awam , mereka perlu tunduk dan akur kepada UMNO/BN . tanggungjawab mereka adalah kepada negara dan kerajaan . Bukan kepada UMNO/BN . Yang membayar gaji mereka bukan UMNO / BN . Rakyat Malaysia yang membayar gaji kepada mereka . Guru harus dibebaskan daripada kongkongan yang dicipta oleh UMNO / BN .

Termasuk juga Pengarah dan Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri , anda bukan pekerja-pekerja UMNO / BN , tapi lagak anda sama taraf dengan pencacai UMNO/BN kerana akur di bawah telunjuk mereka . Kalau mahu main politik , letak jawatan dan menjadi pengerak UMNO / BN . Kerana kedudukan dan kenaikan pangkat , anda rela menjadi hamba kepada pemimpin UMNO / BN . Sehingga sanggup menginaya dan menzalimi guru bawahan anda kerana mereka menyokong pembangkang . Dosa mereka kerana tidak setia kepada UMNO/BN .

Guru-guru di seluruh Malaysia yang punya harga diri , maruah dan prinsip , terjemahkan pada kertas undi . UBAH SEKARANG , SELAMATKAN MALAYSIA !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan