

Termasuk juga tindakan tidak rasional pihak universiti yang menganggu sidang media yang dilakukan oleh mahasiswa serta mengekang mahasiswa dengan pelbagai peraturan baru yang secara jelas bersifat berat sebelah dan mengekang mahasiswa .
Insiden-insiden tersebut adalah terbukti DEMOKRASI YANG MATI di universiti demi mengikut telunjuk dan berpihak kepada arahan pemerintah iaitu UMNO /BN bagi mengekang mahasiswa . Penggunaan AUKU yang secara nyata digunapakai sebagai instrumen untuk "menghalalkan" segala tindakan mereka . Seharusnya , universiti menjadi medan penyuburan amalan demokrasi dan pendidikan politik yang terbaik , mendidik para mahasiswa sebagai agen perubahan masayarakat , bakal pemimpin negara masa depan dengan menterjemahkan demokrasi yang tulin di negara yang berdaulat . Tetapi malangnya , universiti telah dijadikan alat oleh pimpinan UMNO/BN untuk mengekang kebangkitan mahasiswa . Menjadikan mahasiswa sebagai insan yang jumud .

Mahasiwa bukanlah manusia seperti perumpamaan " lembu yang boleh dicucuk hidung " . Mereka adalah generasi muda yang bersifat realistik dan idealis . Mereka seharusnya dididik oleh universiti dengan sistem yang kondusif dan komprehensif agar mampu melahirkan aset negara yang terbaik . Tetapi malangnya mahasiswa telah dimanipulasi dan hak mereka telah dikekang serta dinafikan demi kepentingan dan keberuntungan pimpinan UMNO/BN semata-mata .
Apakah harapan kita lagi , kalau universiti yang dihasratkan menjadi institusi pendidikan tertinggi dalam menyubur dan mengamali sistem demokrasi yang realistik tapi malangnya telah gagal berfungsi sebagaimana yang dihasratkan , sudah pasti kita seolah-olah sedang melahirkan para 'robot' yang hanya mengikut arahan dan diprogramkan untuk tunduk dan akur kepada pemerintah .
Tahniah kepada para mahasiswa secara soladiriti telah bangkit memperjuangkan hak dan mengamalan demokrasi di kampus-kampus universiti . Nampaknya mahasiswa telah 'mengajar' dan 'mengkuliahkan' para TNC dan para pentadbir di universiti memahami erti dan perjuangan demokrasi . Kita juga melihat hari ini kebangkitan mahasiwa , mereka semakin berani dan mula bangun memperjuangkan hak mereka serta isu-isu rakyat .

Tiada ulasan:
Catat Ulasan