klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 8 Februari 2011

Kapal Peronda Harga 870 % Lebih Mahal

SHAH ALAM 7 FEB: Kesediaan Kementerian Pertahanan untuk membayar harga 870 peratus lebih mahal bagi pembelian enam kapal peronda persisiran pantai (OPVs) dipertikai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua.

Beliau berkata, jumlah RM6 bilion yang diperuntukkan untuk membeli enam kapal tersebut adalah tidak munasabah justeru menjelaskan kapal yang sama dibeli dengan harga jauh lebih murah oleh negara-negara lain termasuk Israel.

Berdasarkan kenyataan media, Tony menjelaskan OPVs kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

Tambahnya, negara Israel yang sedang berperang membayar kira-kira RM791 juta iaitu RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan untuk sebuah OPVs.

Ini termasuk pembelian OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004." katanya.

Sabtu lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kerajaan bersedia untuk membeli enam OPVs daripada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dengan harga RM6 bilion.

Tony yang juga Ketua Publisiti DAP turut mempertikaikan kemampuan syarikat berkaitan kerajaan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd menyediakan OPVs berkualiti tinggi berdasarkan harga yang dipersetujui.

Ini berikutan katanya, teknologi tercanggih bagi sebuah OPVs berharga tinggi termasuk sistem anti periuk api, anti submarin dan anti peluru berpandu.

"Kalau kita benar-benar membuat tempahan OPVs kelas terbaik berkebolehan untuk berperang dalam skala penuh dan sistem submarin, adakah Boustead berkebolehan dan berteknologi untuk membuat kapal begin?" jelas beliau lagi.

Sebelum ini, syarikat milikan kerajaan BN Pulau Pinang, Penang Shipyard and Construction Industries Bhd (PSCI) telah diberi kontrak yang serupa pada tahun 1998, iaitu membina dan membekal enam kapal peronda bagi TLDM dengan harga RM5.4 Bilion.

Tetapi, disebabkan korupsi yang kronik dalam PSCI menyebabkan PSCI tidak dapat menyiapkan kapal-kapal tersebut dan terpaksa meminta kerajaan untuk mengeluarkann modal tambahan.

Korupsi dalaman PSCI menyebabkan kerajaan terpaksa 'menjamin keluar' syarikat tersebut merombak semula pengurusan serta bergabung dengan Boustead Holding Bhd, menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

Sementara itu, Tony turut mempertikaikan pembelian kapal tersebut tidak dibuat secara kompetitif apabila negara seperti Amerika Syarikat mengamalkan pendekatan itu.

Justeru beliau menggesa agar Kementerian Pertahanan meningkatkan ketelusan dan profesionalisma dalam menganugerahkan kontrak bagi memastikan kepentingan rakyat dilindungi selain wang cukai yang dibayar oleh rakyat tidak dibazirkan melalui projek kos tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan