klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 16 Februari 2011

Keadilan Sabah Terus Mara !

kenyataan media

MAJLIS PRESIDEN KEADILAN SABAH

Majlis Presiden telah mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini di ibu pejabat KEADILAN Sabah di Kota Kinabalu. Ia adalah langkah pertama untuk membina asas kepimpinan yang lebih kukuh di Sabah dengan memberi penekanan kepada pendekatan konsensus dalam isu-isu utama.

Majlis Presiden telah meluluskan pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa yang akan diketuai oleh ahli-ahli Majlis Presiden seperti berikut:


1. Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi – Ahmad Thamrin Jaini

2. Pembangunan Luar Bandar – Datuk James Ghani

3. Pembangunan Infrastruktur – Christina Liew

4. Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Saidil Simoi

5. Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan – Awang Tengah Awang Amin

6. Pembangunan dan Pengurusan Tanah – Datuk Kong Hong Ming

7. Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna – Stephen Sandor

8. Belia dan Sukan – Jafery Jomion

9. Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar – Lukiah Indan

10. Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat – Datuk Hallik Zaman

11. Pertanian dan Industri Makanan – Datu Mustapha Hj Tambuyong

Ali Majlis Pimpinan Pusat dari Sabah, Saudara Roland Chia dan Saudara Darell Leiking dan Naib Ketua Wanita Pusat, Puan Sakinah Yusuf akan dipertanggungjawabkan sebagai ahli ex-officio Majlis Presiden dengan tugasan menguatkan kerjasama di antara kepimpinan Sabah dan pusat.

Setiap jawatankuasa ditugaskan untuk menghasilkan kerangka dasar utama KEADILAN Sabah di dalam bidang pentadbiran masing-masing. Pimpinan KEADILAN Sabah melalui Majlis Presiden akan memperhebatkan usaha dalam masa terdekat untuk membawa suara rakyat Sabah mengenai isu-isu yang dekat dengan Sabah di peringkat negeri dan pusat.

Majlis Presiden juga membincangkan beberapa program dalam bulan Februari dan Mac untuk meningkatkan momentum kempen KEADILAN Sabah menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Pada 26 Februari 2011, KEADILAN Sabah akan mengetuai pelancaran Buku Jingga peringkat negeri Sabah di Kota Kinabalu. Ini akan diikuti dengan seminar mengenai dasar-dasar KEADILAN Sabah untuk menangani pentadbiran tanah, perhutanan dan pembangunan ekonomi di Sabah pada 5 dan 6 Mac 2011.

Pada 17 Mac 2011, KEADILAN Sabah akan menganjurkan satu forum awam mengenai integrasi nasional di Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai beberapa isu yang dekat dengan rakyat Sabah yang mempunyai kesan kepada integrasi nasional, termasuk perspektif rakyat Sabah yang mahukan hubungan negeri-persekutuan yang lebih adil. Siri program rakyat ini akan menemui kemuncaknya dengan penganjuran Konvensyen KEADILAN Sabah pada 2 April 2011.

Saya sendiri akan mengetuai barisan kepimpinan KEADILAN Sabah dalam satu rangka lawatan menjelajah Sabah untuk menemui anggota parti dan rakyat sebagai persediaan awal menghadapi pilihanraya umum.

Saya percaya penyusunan semula KEADILAN Sabah bagi tempoh interim ini akan memberikan fokus baru yang akan menguntungkan rakyat Sabah menjelang pilihanraya umum akan datang.

DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

PRESIDEN

15 FEBRUARI 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan