klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 10 Februari 2011

wang haram RM 2 juta : Hasbie jadi "kambing hitam" ?

Bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini didakwa dengan pengubahan wang haram, setahun selepas beliau didapati memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.

Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Hasbie, 38 diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. Jika bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

NONESaya merasa agak hairan kenapa dalam kes yang melibatkan yang cukup serius ini hanya melibatkan seorang tertuduh sahaja . Kenapa hanya Hasbie yang didakwa ke mahkamah tanpa melibatkan mana-mana individu yang lain ? Musykil bagi saya kalau hanya Hasbie seorang sahaja yang terlibat dalam memproses pengubahan wang haram berjumlah RM 2 juta ini . Tetapi yang didakwa di mahkamah hanya beliau seorang ..

Empat hari selepas ditahan oleh SPRM , telah dijumpai wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya . Dengan segera Nor Mohamed Yackop yang merupakan bekas Menteri Kewangan 2 dan kini sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang Hasbie telahpun meletakkan jawatan . Bagai ada sesuatu yang 'misteri' cuba ditutup bagi tidak melibatkan individu lain dalam kes ini .

Musykil lagi bagi saya , SPRM mampu mengesan hanya seorang individu dalam kes ini . Adalah amat menghairankan dalam siasatan dan soal siasat , hanya seorang individu berjaya dikesan oleh SPRM . Atau SPRM cuba menutup individu-individu lain yang bertaraf 'VIP' turut sama dalam proses wang haram tersebut ? Dan adakah Hasbie hanyalah 'kambing hitam' untuk menutup jenayah 'VIP' tersebut ?

Benarkah Nor Mohamed Yackop tidak terlibat ? Takkanlah Nor Mohamed Yackop tidak tahu menahu langsung perkara tersebut sedangkan Aslen ialah Setiausaha Politik beliau . Orang yang sangat dipercayai .

Nor Mohamed Yackop sewaktu di Bank Negara beliau telah akibatkan kerugian besar RM17 Billion apabila guna duit Bank Negara untuk main judi Forex Trading. Sewaktu di syarikat pelaburan dana Abrar Asset Management, Nor Mohamed Yackop telah pecah amanah sekali lagi mengarahkan Abrar Asset menggunakan duit pelabur am untuk menyokong harga saham Mun Loong Bhd di mana Nor Mohamed Yakub adalah pemegang sahamnya juga. Ini adalah satu lagi kes pecah amanah yang amat serius. Tapi tiada satu tindakan telah diambil dan akhirnya Mun Loong dan Abrar Asset Management keduanya telah bankrap.

Kita juga jangan lupa , Norza Zakaria yang pernah disabitkan dengan rasuah pemilihan UMNO adalah merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yackop . Hasbie ni pun Setiausaha Politik Nor Mohamed Yackop ..

SPRM ... anak bilis kena tangkap , jerung terlepas bebas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan