SARAWAK: Peranan anak muda Sarawak penting dalam mencetuskan perubahan supaya Bumi Kenyalang bebas dari cengkaman kezaliman dan penindasan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sudah 30 tahun Barisan Nasional (bn) memerintah negeri ini, ada banyak masalah – tanah adat, balak dan kemiskinan. Peliknya, golongan tertindas ini pula yang kuat sokong BN.
“Oleh itu, anak muda mesti cerdik dalam politik. Walaupun orang Melayu Islam yang menjadi pemimpin, jika mereka melakukan perkara yang tidak betul, maka mereka mesti ditukar.
“Sekarang kerja susah. Harga barang naik dan pembangunan tiada. Kemudian, mereka ambil balak dan tanah kita. Apakah dia ingat negeri ini dia yang punya? Apakah orang di sini pelarian? Adakah anak muda di sini kuli? Sampai bila kita mahu pertahankan mereka ini?
“Justeru itu, kita wajib berubah,” katanya hari ini ketika mengadakan ceramah kelompok di Kampung Bako, Kuching yang dihadiri ratusan hadirin dan turut mengingatkan masyarakat Sarawak betapa kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia dan Libya, diterajui anak muda.
Anwar juga membandingkan kemudahan yang dinikmati rakyat Selangor sejak Pakatan Rakyat memerintah, dengan Sarawak yang menyaksikan sistem ekonomi berkebajikan yang menjurus kepada kepentingan rakyat.
“Selangor merakyatkan ekonominya. Anak masuk Universiti, dapat wang, air percuma dan ada skim khairat kematian. Orang Sarawak dapat ini? Tidak, bukan. Jika mahu berlaku di sini. Orang Sarawak mesti undi KEADILAN, kata Anwar.
Terdahulu, Ketua Cabang KEADILAN Santubong, Ali Husin Abang pula menyeru rakyat Sarawak untuk mengembalikan hak mereka yang selama ini dirampas pimpinan kerajaan BN.
Beliau berkata, Kampung Bako yang majoritinya didiami masyarakat keturunan Melayu masih dari segi kemudahan asas termasuk jalan raya dan sekolah.
“Jalan raya, sekolah memang hak rakyat. Sepatutnya 20 atau 30 tahun lalu, sudah ada kemudahan ini. Itulah masalahnya, di mana BN kuat, di situlah Melayu terpinggir, kata Ali Husin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan