klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 2 Mac 2011

Anwar beri keterangan esok

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pihak pembela untuk mengadakan bicara dalam perbicaraan dan menurut peguambela, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam kes liwat terhadapnya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan ia didengar pada jam 2.30 petang esok.


Malaysiakini akan meneruskan liputan langsung bicara dalam perbicaraan berhubung kesahihan tiga item yang pihak pendakwa mahu kemukakan sebagai bahan bukti dalam kes ini - botol air, tuala tangan dan berus gigi. Ini merupakan kali pertama Anwar memberi keterangan dalam perbicaraan ini, yang kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu. Beliau dijangka memberi keterangan atas asas bahawa penangkapannya adalah tidak sah.

Ketika membenarkan bicara dalam perbicaraan itu, Hakim Zabidin berkata, pada umumnya, mahkamah tidak memberi tumpuan kepada bagaimana bukti diperolehi. Tetapi, katanya, mahkamah mempunyai kuasa untuk menolaknya jika terdapat tuduhan yang ia diperolehi secara yang tidak betul dan tidak adil. Katanya, satu-satu cara untuk menentukannya ialah melalui bicara dalam perbicaraan.

Sebelum itu, Hakim Zabidin mendengar hujah pihak pembela dan pembangkang selama 70 minit berhubung perkara itu. Katanya, beliau membenarkan permohonan pihak pembela, dan bicara dalam perbicaraan akan diadakan esok. Bicara dalam perbicaraan itu dilihat sebagai saat penting dalam perbicaraan liwat 11 ini kerana penerimaan atau penolakan bahan bukti tersebut boleh memberi kesan terhadap kes pihak pendakwa.- MALAYSIAKINI

3 ulasan:

  1. Anwar enggan memberi sampel DNA beliau apabila diminta pihak polis. Tujuan Polis minta DNA tersebut bukan apa, untuk membuat perbandingkan dengan DNA Air Mani yang ditemui di dalam dubur Saiful, mangsa liwat.

    DNA yang diminta pun bukanlah Air Mani, tetapi sampel Darah bagi mendapatkan Profil DNA Anwar yang terkini.

    Anwar ingatkan dia bijak dengan tidak memberikan DNA beliau pada polis. Anwar sangat gembira dan teruk PDRM dibelasah dan diperlekehkannya. Rupa-rupanya, dalam diam, PDRM lebih bijak dari Anwar.

    Mahkamah diberitahu hari ini bahawa sampel DNA Anwar telah diambil selepas beliau tidur semalaman di Lokap D9 IPK Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008 lalu. Berus gigi, botol air mineral termasuk towel Good Morning yang terlekat bulu Anwar pun dapat memberikan DNA profiling.

    Sepandai-pandai Anwar memutar, rupanya tertinggal DNA juga... Allah Maha Hebat!

    'Male Y’ = Anwar Bin Ibrahim

    BalasPadam
  2. Ya andai benar, Saiful benar...Allah laknati Anwar Ibrahim....tetapi jika Anwar Ibrahim yang benar...Allah laknati Saiful dengan sebenar2 laknat kerana berdusta dengan sebenar2 dusta...ingat hidup didunia sementara sahaja...Akhirat jua lah kita kekal abadi disana....!

    BalasPadam
  3. penganiayaan terhadap manusia lain di dunis sepatutnya di dunia mesti terima hukumannya sebelum di adili oleh Allah swt pula.

    Ini kes liwat kedua yang dilaporkan. Yang tak dilaporkan ntah lebih dari itu.

    http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/2011/02/anwar-ibrahim-gila-sex-di-siang-hari.html

    BalasPadam