klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 30 Mac 2011

Kump Wang Disatukan Persekutuan: Awang Adek diasak isu pengambilan RM8 bilion

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Adek Awang Adek Hussain terpaksa akur untuk memberi jawapan secara bertulis kepada Parlimen kerana gagal memberikan jawapan memuaskan kepada soalan berkaitan pengurusan kewangan negara.

Beliau memilih untuk berbuat demikian selepas ‘diasak’ bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dan juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof mengenai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Azan, seorang ahli ekonomi mempersoal sebab pengambilan keluar RM8 bilion daripada Kumpulan Wang Disatukan tidak dizahirkan dalam penyata kewangan tahunan negara daripada tahun 2007 sehinggalah tahun 2010.

Jumlah wang dalam Kumpulan Wang Disatukan itu tidak berubah-ubah dalam empat tahun tersebut, kata Azan.

Yusmadi pula, mengingatkan Adek Awang bahawa sebarang pengambilan wang daripada Kumpulan Wang Disatukan perlu diperincikan seperti dikehendaki dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan menetapkan sebarang perbelanjaan wang dari Kumpulan Wang Disatukan perlu diperincikan. Jika ia tidak diperincikan, ia bersifat tidak mengikut Perlembagaan (unconstitutional),” kata Yusmadi yang juga seorang pengamal undang-undang

Adek Awang memberitahu bahawa beliau memerlukan masa untuk memberi jawapan bertulis kepada soalan Azan dan juga Yusmadi.

Menurut perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan