klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 15 Mac 2011

PKR Ucap Takziah Kepada Rakyat Jepun

KUALA LUMPUR 15 MAC : Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bermastautin di sana yang mengalami bencana gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada Jumaat lepas.

"Menginsafi akan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun beberapa hari yang lalu, saya mewakili warga kepimpinan dan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. Tsunami yang diberitakan antara yang terburuk dalam sejarah Jepun jelas merentap sanubari," kata Wan Azizah dalam satu kenyataan media.

Tambah Wan Azizah lagi seharusnya rakyat Malaysia mencontohi masyarakat Jepun yang begitu berdisiplin meskipun ketika berhadapan dengan malapetaka besar.

Tahap kesabaran mereka juga sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh masyarakat dunia. Kedua-dua ciri penting ini pastinya membolehkan mereka bangkit dengan cepat bagi membina semula bandar yang musnah teruk.

Apatah lagi dengan kegigihan dan kesungguhan mereka mengenalpasti kaedah dan strategi serta penyebaran maklumat cepat dan tepat kepada seluruh rakyat, pasti akan membantu.Nyata sekali insiden ini mengundang kesedihan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai.

"KEADILAN mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada mereka yang terlibat. Semoga Kerajaan Jepun cepat menyusun pembangunan semula infrastruktur yang terkesan akibat bencana ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan