klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 7 Julai 2011

KERANA BAJU BERSIH....

Kurang lebih jam 3 pagi , di satu sekatan jalanraya di dalam kawasan Subang Jaya , kereta kancil milik sdr Juzarim Isma ( ketua AMK Cabang Subang ) yg turut dinaiki oleh saya dan sdr Yusof Al Siddique Suratman telah ditahan dan diminta untuk berhenti di tepi. Anggota polis tersebut mengarahkan Sdr Juzarim untuk membuka bonet belakang kereta . Tak lama kemudian semua anggota polis yg bertugas di sekatan jalan tetsbut telah mengepung kereta dan kami serta meminta semua mengeluarkan kad pengenalan .

Rupa-rupanya ada beberapa helai t'shirt berwarna kuning dan bercetak BERSIH 2.0 telah dijumpai di dalam bonet kereta . Kami di tahan di situ dan menunggu arahan seterusnya. Kurang lebih 10 minit muncul MPV polis dan terus mengarahkan sy dan Yusof masuk kevdalam kereta MPV polis tersebut manakala Juzarim di arah mengekori MPV polis tersebut dan dikawal oleh seorang anggota polis.

Seolah-olah kami telah melakukan jenayah berat . Seolah-olah mereka berjumpa dengan barang merbahaya . Kami di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah USJ Subang Jaya. Kebetulan talipon mobil saya telah kehabisan bateei. Sempat juga swbelum kehadiran MPV pokis tersebut untuk saya mwnggunakan talipon Juzarim menghubungi Muzafeq supaya bertindak apa yag patut kerana kami akan si tangkap kerana t'shirt BERSIH 2.0 .

Di IPPD USJ Subang Jaya , kami diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ ). Selepas kereta dan baju-baju BERSIH 2.0 diambil gambar , Juzarim diarah oleh seorang pegawai untuk diambil keterangan dan kami berdua di arah menunggu di dalam bilik taklimat. Kemudian datang beberapa orang pegawai dan anggota JSJ memanggil saya untuk diambil keterangan.

Saya diarah oleh pihak SUARAM untuk menjawab soalan lazim sahaja dan berhak untuk tidak menjawab soalan-soalan lain . Saya swmpat ajar Yusof yg baru pengalaman pertama disoal siasat kes politik sebegini. Saya telah diambil keterangan oleh seorang inspektor dan membwrikan.kejersama yg sewajarnya sahaja. Selepas saya , Yusof pula dipanggil.

Selepas mengambil keterangan kami semua, kami ditinggalkan di dalam bilik taklimat dan sentiasa diselia oleh anggota JSJ yg diarahkan untuk menjaga kami. Suasana membosankan. Dicampur pula mengantuk .

Kami diarah menunggu kerana tidak ada sebarang arahan dan menunggu pertuduhan terhaap kami. Saua yang sudah berkali-kali menghadapi pengakaman ditangkap amat memahami bahawa selagi tidak pagi , kami terpaksa menunggu sehingga keputusan akan dibuat okeh pihak atasan polis. Yang pasti selagi bukan waktu pejabat, kami terpaksa menunghu .

Kerisauan mula timbul keana kami bakal di bawa ke mahkamah untuk di reman. Saya dah persiapkan.mental untuk bemalam di lokap beberapa hari. Juzarim agak gelisah. Lerana ini adalah pengalaman kalai pertama ditangkap.

Dalam kurang lebih jam 8 pagi , kami di bawa ke unit fotografi untuk diambil gambar dan cop jari. Saya bernombor 163/SJ , juzarim pula 164/SJ dan Yusof bernombor 165/SJ. Kali pertama saya diambil cop jari dan seluruh tapak tangan dengan menggunakan alat yg canggih berbeza aebelum ini dgn cara lama.

Di situ la baru kami tahu yang kani semua dituduh di bawah AKTA 47 AKTA PERTUBUHAN HARAM 19966 .

Selepas semua diambil gambar dan cop jari , kami dikunjungi oleh beberapa orang anghota polis lagi . Saya sudah syak mesti dari Cawangan Khas ( SB ). Kami di bawa ke tingkat 10. Ke bilik Cawangan Khas , sekalu lagi kani disoal siasat .

Alhamdulillah selesai disoal siasat , Mawar dan Fazli datang membawa makanan . Kami memang sangat lapar. Kerana dr jam 3 pagi sehinggalah jam 10 lebih kami tidak makan apa-apa. Selepas makan kami diserahkan kembali kepada pihak JSJ. Sebelum itu sewaktu di bilik Cawangan Khas , kami menerima kehadiran 3 orang peguam .

Peguam kami datang untuk berjumpa IO iaitu ASP Aziz dan bertanyakan status kami . ASP Aziz memberitahu kami yang beliau akan ke IPK untuk arahan selanjutnya dan akan mwmbebaskan kami dengan ikat jamin . Kami akan ditahan dalam 3 jam lagi. Peguam kami tidak berpuas hati dengan jawapan IO.

Justeru terpaksalah kami menunggu dan cuma kelegaan yang kami akan dibebaskan .

Kurang lebih jam 3 lebih , IO telah pulang daripada IPK dan menguruskan pembebasan kami . Terima kasih kepada sdr Ismail Kamal , Jua dan Nathan kerana menjadi penjamin kami . Isteri Juzarim datang membawa geran kereta untuk membebaskan kereta Juzarim. Semua proses selesai dalam jam 4 petang.

Tiba-tiba IO ASP Aziz meminta semua penjamin serahkan surat ikat jamin kerana beliau menerima arahan daripada pihak atasan . Pada awalnya IO telah memberikan tempoh ikat jamin selama 2 minggu . Arahan diterima untuk memendekkan tempoh ikat jamin kami kepada 2 hari. Iaitu 8 Julai kami dikehendaki melaporkan diri di JSJ.

Tekejut saya dengan perubahan tersebut. Saya bertanya pada IO apa yang akan berlaku seterusnya . IO memaklumkan suapaya kami hadir pada 8 Julai dan akan ada keputusan baru , samada di tahan kembali, didakwa, ditambah tempoh ikatbjamin atau dibebaskan.

Selepas selesai semua , kami bergegas keluar daripada bilik JSJ. Risau ada arahan baru , baik terus beredar dan turun ke tingkat bawah. Perut yang lapar dan sangat keletihan .

Saya hairan , kenapa terlalu takut dengan t'shirt BERSIH 2.0 sehingga sebegitu sekali tindakan di buat? Umno sudah semakin yertekan sehingga menggunakan akta tersebut. Terlalu bodoh dan dangkal!

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Jai Castello , Azwan , Geng Jingga 13 dan teman2 yang hadir memberikan sokongan dan hadir ke IPPD USJ Subang Jaya. Serta doa teman-teman yang mengiringi kami. Semoga Allah membalas jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan