







Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pembentangan Bajet 2011 hanya berpihak kepada negeri-negeri di bawah naungan Umno-BN.
Katanya, pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya ilusi untuk memerangkap perhatian rakyat dengan imbuhan.
Menurut Lim, bagi mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan harus beri tumpuan terhadap tenaga kerja yang akan menjana ekonomi. "Mengapa perlu bangunan 100 tingkat? Mereka perlu beri tumpuan kepada orang (rakyat) yang akan menjana ekonomi. Kita perlukan skil (kemahiran) dan pengalaman. Bukan insfrastruktur mega," kata ahli parlimen Bagan itu.
"Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda pilihan raya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka. "Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada sama ada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa, contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainya dan juga industri yang ingin diperkembangkan dalam negara kita," katanya yang juga timbalan presiden PAS.
"Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan. "Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada projek mega yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata Salahuddin.
"Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga setiausaha agung PKR. | |||||





Saya baru sahaja tiba dari Jakarta , Indonesia . Terasa amat letih namun saya tahan untuk berkongsi pengalaman ini di sana . Saya tiba di Jakarta pada 12 Oktober 2010 . Saya diminta ikuti rombongan Datuk seri Anwar Ibrahim jam 2 petang ( waktu Malaysia - Jam 3 petang ) ke Dewan Perwakilan Rakyat ( DPR ) . Justeru kerana masih awal lagi dan perut sudah mula berkeroncong , selepas check-in di Grand Cemara Hotel di Jalan Cemara , terasa rindu untuk menjamah nasi Padang . Selepas bertanya lokasi restoran Nasi Padang yang hampir dengan hotel daripada pekerja hotel , kami terus bergegas jalan kaki ke Jalan Johar . Ahhirnya berjumpa Restoran Nasi Padang .KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI TERENGGANU
9 OKTOBER 2010
AMK Terengganu tetap berdiri teguh bersama para penduduk Kg. Banggol Donas yang dinafikan hak dan keadilan serta dizalimi apabila sejumlah 22 buah rumah bakal dirobohkan hasil daripada pembinaan projek runding terus Dana Khas Jalan daripada Kg. Jeram ke Banggol Tuan Muda berjarak 7KM menelan kos RM226 juta , iaitu bersamaan RM32 juta bagi 1KM . Projek runding terus Dana Khas tersebut telah dianugerahkan kepada MZ Hakujaya Sdn. Bhd iatu syarikat yang Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu mempunyai kepentingan .
Bukan sahaja kos projek tersebut adalah diragui dan melampau tetapi secara jelas telah berlaku pelanggaran hak asasi manusia berhubung terhadap Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan " Hak terhadap Harta", yakni harta benda seseorang tidak boleh di rampas atau di ambil tanpa diberikan pampasan yang sewajarnya dan ketidakpatuhan prosedur Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) oleh Kerajaan UMNO Negeri Terengganu .
Sehingga sekarang para penduduk Kg. Banggol Donas yang terlibat dan menjadi mangsa terhadap pembinaan jalan tersebut masih belum memperolehi notis pengambilan sepertimana yang dikehendaki mengikut seksyen 10 (Borang E) Akta Pengambilan Tanah 1960 dan pampasan masih belum dibayar oleh Kerajaan Negeri seperrtimana yang termaktub dalam Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan .
Adalah amat malang , sehingga kini tiada sebarang tindakan oleh pihak Kerajaan UMNO Terengganu bagi menjalankan sebarang perundingan dengan para penduduk kampong yang terlibat walaupun pelbagai bantahah dan aduan telah dibuat sejak tahun 2008 iaitu kepada Tuan Pengarah JKR Terengganu , Tuan Pengarah UPEN Terengganu , Tuan Ketua Pengarah JKR Pusat , YB Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu , YB Menteri Kerja Raya dan YAB Perdana Menteri Malaysia . Namun sehingga kini semua pihak menyepi dari sebarang tindakan .
Projek tersebut terus berjalan dan aktiviti pembinaan sehingga kini tidak berhenti sedangkan segala proses prosedur dan undang-undang tidak dilaksanakan sehingga sudah semakin hampir dengan kawasan perumahan penduduk .
AMK mempertikai tindakan melencongkan jajaran jalan ke arah rumah-rumah rakyat sedangkan masih ada ruang bagi pembinaan jalan tanpa mengenai rumah-rumah rakyat di Kg. Banggol Donas . Ianya seolah-olah sengaja dirancang agar jalan tersebut melalui rumah-rumah rakyat . Kami di fahamkan reka-bentuk jajaran di Kampung Banggol Donas ini bagi memenuhi kepentingan pihak tertentu yang berselindung atas nama persetujuan JKK Kg. Banggol Donas. Ini adalah berdasarkan status tanah di kampung ini semuanya dalam kategori tanah pertanian/kampung kecuali tanah milik Pengerusi JKK serta keluarganya berstatus bangunan.
AMK Terengganu bersama wakil jawatankuasa Bertindak Penduduk K. Banggol Donas telah menghantar memorandum dan membuat aduan rasmi kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ( SUHAKAM ) di Pejabat SUHAKAM , Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2010 pada jam 10.45 pagi . Kami memohon agar SUHAKAM mengambil tindakan secara serius agar projek tersebut dihentikan dan siasatan harus dibuat terhadap tindakan perlanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO Terengganu terhadap rakyat di Kg. Banggol Donas .
AMK Terengganu akan mengambil tindakan seterusnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) agar menyiasat terhadap projek runding terus Dana Khas projek jalan tersebut yang melampau dan tidak masuk akal .Termasuk beberapa usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam memujuk , mengugut dan diyakini timbul unsur-unsur rasuah .
Pada 24 Febuari 2010 , AMK Terengganu pernah mencabar Sdr. Saiful Bahari Baharudin , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu untuk berdebat berkaitan isu kepentingan orang melayu Terengganu termasuk membincang isu projek runding terus Dana Khas tersebut malangnya beliau menolak dan terlalu penakut .
Malah sekali lagi pada 2 April 2010 , AMK Terengganu menjemput Pemuda UMNO Terengganu dan ADUN Teluk Pasu untuk berdialog dalam tajuk DIALOG RAKYAT DIDAHULUKAN . Tetapi juga turut tidak diterima oleh mereka bagi membincang isu projek tersebut .
Justeru atas prinsip keadilan dan kebenaran serta menolak kezaliman oleh Kerjaan UMNO/BN Terengganu terhadap rakyat , AMK Terengganu akan terus memberikan komitmen kepada seluruh rakyat yang dizalimi . Suara rakyat adalah suara keramat .
FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu
| Bahasa Melayu hadapi cabaran semakin hebat | ||
|
Mendiang berusia 54 tahun.
![]() |
Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.
Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.
Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
Laporan polis Saiful Bukhari
Sehari selepas itu, ketua kakitangan pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob mendengar desas-desus khabar bahawa terdapat Mohd Saiful Bukhari Azlan akan membuat laporan polis terhadap bekas bosnya. Maka Rahimi dipanggil untuk mendapatkan maklumat berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, dia tidak dapat dihubungi buat masa itu dan hanya hadir lewat malam itu. Di hotel berkenaan ketika itu ramai penyokong dan petugas media mula berkumpul kerana khabar angin Anwar akan ditahan semula seperti di zaman reformasi sepuluh tahun sebelum itu.
Bukan di bilik hotel
Beberapa pemimpin PKR yang kebetulan bertugas sebagai peguam ditugaskan menemuramah Rahimi bagi mendapatkan gambaran besar apakah sebenarnya yang berlaku ketika itu.
![]() |
Tidak dapat dihubungi
Kemudian, selepas dipanggil kali kedua, Rahimi memberitahu bahawa dia ditanya sama ada pernah berjumpa dengan Rosmah dan Mumtaz.
Selepas dinasihatkan oleh peguam peribadinya ketika itu Stanley Sinnapan supaya bercakap benar, beliau menceritakan apa yang beliau tahu. Semua ceritanya tiada percanggahan dengan akuan bersumpah yang pertama.
Setiap perjumpaan dengan Rahimi tidak semata-mata berbincang soal akuan bersumpah tetapi bagi membantu pasukan pembelaan Anwar mengumpulkan maklumat.
Rahimi kemudian masuk dan keluar pejabat Anwar seperti biasa dan diberikan beberapa tugas kecil kerana dia tidak lagi bekerja secara rasmi. Dia juga terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh di mana Anwar bertanding.
Tetapi bila perbicaraan hampir bermula, apabila ketua pasukan pembelaan ditukar kepada Karpal Singh, Rahimi tidak dapat dihubungi. Dia tidak menjawap panggilan telefon dan SMS.
![]() |
![]() |