klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 25 Julai 2009

Malaysia Diperintah Oleh Gani Patail?

Dalam banyak hal nampaknya peguam negara mempunyai kuasa yang terlalu besar semenjak zaman Abdullah (sekarang Tun) menjadi Perdana Menteri dan diteruskan dasar pemerintahan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan mengekalkan Abdul Gani Patail di jawatan tersebut.
Malaysia dilihat di dalam banyak hal mengikut telunjuk Peguam Negara yang seorang ini yang nampaknya kian hari kian mencengkam untuk melaksanakan agenda-agenda yang hanya dia dan Allah s.w.t saja yang tahu.Beliau sangat berkuasa di dalam menentukan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu dibuat oleh kerajaan sekalipun apa yang disampaikan sebenarnya hanya untuk kepentingan-kepentingan tertentu.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai manusia paling hina yang pernah dimiliki oleh negara. Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahkamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin.
Ingatkah lagi apa yang berlaku kepada Suwandi dan Azman yang dilokap selama sebulan di dalam kes Batu Burok di Mahkamah Kuala Terengganu satu ketika dulu, adalah hasil dari perbuatan terkutuk Peguam Negara ini.
Ghani Patail juga telah mencampuri urusan pelantikan MB terengganu dengan cuba mengugut Yang Di Pertuan Agong dengan kenyataan kononnya "proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu" untuk menyebelahi Perdana Meneri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin Idris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU ke 12 baru lalu.
Maruah Malaysia yang tergadai ekoran kes Batu Putih adalah lantaran orang yang bernama Gani Patail ini yang mewakili negara di Hague yang pada ketika itu beliau telah turut membariskan anaknya yang baru lulus dari UiTM di dalam delegasi ke Hague iaitu Faezul Adzra Tan Sri Gani Patail.
Abdullah Ahmad Badawi tunduk kepada Singapura di dalam banyak hal seperti pembatalan jambatan bengkok adalah juga kerana Gani Patail ini dengan alasan negara akan menghadapi pelbagai masalah perundangan antarabangsa jika meneruskannya.
Krisis politik di Perak juga mendedahkan bahawa kesemua hakim-hakim yang ditentukan mendengar kes di mahkamah (Tinggi, Rayuan dan Persekutuan) ditetapkan oleh Peguam Negara.Maka tidak hairan kesemua hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan akan menterbalikkan keputusan-keputusan di mahkamah tinggi yang berpihak kepada mereka yang tidak disukai oleh pemerintah.Justeru institusi kehakiman seluruhnya kini berada di dalam dalam cengkaman Peguam Negara.
Kes liwat Anwar-Saiful adalah konspirasi nyata dari Gani Patail bersama Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Banyak telah didedahkan mengenai hal ini dan yang jelek hakim yang mendengar kes ini adalah hakim yang ditetapkan oleh Peguam Negara juga.
Kini di dalam penubuhan Suruhanjaya Diraja dan inkues ekoran kes kematian Teoh sekali lagi Peguam Negara terlibat di dalam memberikan nasihatnya kepada Najib.Najib menjadi Pak Angguk kepada Peguam Negara apabila katanya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan mengeluarkan kenyataan dan penjelasan yang terperinci berhubung perkara itu pada hari ini.
Najib, tiada orang lainkah yang lebih layak untuk menjadi Peguam Negara sebelum anda terus diperbodohkan olehnya?

3 Tindakan Pelik Pewaris Sokong ISA


Email Oleh : Topeng Perak®

Tindakan Pertubuhan Pewaris untuk berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini bagi menyatakan sokongan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA suatu tindakan yang pelik. Ini kerana kebiasaannya, pihak yang menghantar memorundum ini merupakan kumpulan yang membantah. Manakala kumpulan yang menyokong sesebuah undang-undang tersebut tidak perlu berarak, kerana undang-undang ISA tersebut telah pun berjalan dan sedang dilaksanakan.

Keduanya, tindakan Pewaris untuk berarak di jalan raya bagi menyatakan sokongan kepada ISA dilihat ramai pihak seolah-olah sudah menjadi kegemaran mereka berdemonstrasi. Hal ini berlaku kerana apabila diminta untuk berdebat secara terbuka dengan wakil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) beberapa bulan yang lalu, mereka tidak hadir dengan pelbagai alasan. Sepatutnya Pewaris bersedia untuk berhujah secara ilmiah dan fakta bagi mempertahankan ISA.Namun setakat yang berlaku, ramai pihak melihat Pewaris lebih kepada mengambil tindakan ‘tidak matang’ menggertak, memberi amaran dan berdemonstrasi dalam menghadapi sesuatu isu. Budaya ini jauh tersasar daripada kesopanan rakyat Malaysia dan ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini. Walaupun seseorang itu penyokong kerajaan, namun dizaman serba canggih dan peredaran maklumat begitu cepat ini, masyarakat mahukan justifikasi yang sarat dengan fakta dan hujah-hujah yang benar untuk menyokong atau membangkang sesuatu.Oleh itu mana-mana pihak yang mengambil tindakan di luar batas-batas keilmuan dan fakta, malah gagal menghadirkan diri di pentas debat terbuka dilihat sebagai golongan ketinggalan zaman dan takut berhadapan dengan realiti. Hal ini berbeza dengan Gerakan Mansuhkan ISA yang tidak meletakkan demonstrasi sebagai satu-satunya jalan menyatakan penentangan. Sudah berbelas tahun penentangan terhadap ISA ini dibuat dengan rundingan, mahkamah, memorundum, dialog dengan Perdana Menteri, penulisan, kempen tanda tangan, wacana ilmiah, debat (walaupun sebelah pihak) namun ianya tidak berhasil. Maka berdemonstrasi sebagai pilihan terakhir.

Ketiganya Pewaris mewar-warkan tema mempertahankan hak istimewa orang Melayu pada perhimpunan ini juga mendatangkan tanda tanya. Sejak bila pula ISA ini dikira sebagai hak istimewa orang Melayu. Apakah istimewanya orang Melayu dengan adanya ISA. Walhal majoriti yang ditahan ISA sejak zaman berzaman itu adalah orang-orang Melayu. Ulama-ulama Melayu seperti Tuan Guru Haji Daud Meranti, Tuan Guru Pak Nik Lah Arshad itu juga pernah ditahan ISA. Adakah dengan menahan orang tanpa dibicarakan ini sebagai hak istimewa orang Melayu.Adakah memenjarakan orang tanpa diberikan hak membela diri di mahkamah, dipisahkan secara paksa dengan anak isteri, disiksa di dalam tahanan ini dikira hak istimewa orang Melayu. Sedangkan hal yang berlaku ini jelas bertentangan dengan agama Islam itu sendiri. Tidak malukah kita dihadapan Allah Taala esok apabila di dunia mempertahankan undang-undang yang bercanggah dengan Syariat Allah swt? Inikah hak istimewa kita? Melawan syariat Allah!

Warkah takziah Nik Aziz buat ibu bapa Beng Hock

Buat ibu bapa kepada Mendiang Teoh Beng Hock
d/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
40502 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

Warkah Takziah

Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.
Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.
Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan. Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi.
Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan. Kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang, saya mohonlah berpesan supaya teruskan bersabar. Tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian yang segenting ini.
Di sisi Islam, jika Allah menguji kita dengan sesuatu musibah nescaya di sana akan ada kebaikan yang akan menanti kita. Terus bersangka baiklah. Sementara menantikan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja yang perlu dilantik dalam tempoh terdekat, izinkan saya mengangkat sekawat nota takziah buat Tuan, Puan serta seluruh ahli keluarga.
Insya-Allah, kita akan dapat mengetahui punca sebenar yang telah meragut nyawa mendiang melalui siasatan yang sehabis telus dengan pembentukan suruhanjaya yang sangat diperlukan ketika ini. Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan, maka inilah ketika untuk membuktikannya. Dari siasatan suruhanjaya itu, rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh tentang apa yang sebenarnya telah terjadi. Sudah tentu andaian-andaian longgar yang sekadar mengesahkan, "mendiang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi" tidak boleh diterima.
Saya berharap, jangan ada satu pun fakta biarpun sejarum patah, yang sengaja ditinggalkan di dalam peti siasatan sewaktu mengendalikan pos mortem ke atas tragedi ini. Dalam hal ini, semua pihak harus sedar bahawa melakukan siasatan dan bercakap benar adalah menjadi kewajipan. Jika tidak, di akhirat kelak, dari segi Islam semua orang akan tetap diheret juga untuk dipaksa bercakap benar.
Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong" [on the day when men?s consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper."] (maksud Surah Ath Thaariq: Ayat 9 dan 10). Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS
merangkap Menteri Besar Kelantan
27 Rejab 1430
20 Julai 2009

24 Julai - Anwar Ibrahim di Dewan MBPJ


Semua dijemput hadir ke perjumpaan dengan YB Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tarikh : 24 Julai 2009

Masa : 4 Petang

Tempat : Dewan MBPJ , Jalan PJS 4/15 , Taman Medan , Petaling Jaya

YB Ketua Umum akan membuat satu pengumuman khas untuk masyarakat India .

Datang beramai-ramai !

Jumaat, 24 Julai 2009

Isu PKFZ, Kesemua Menteri MCA Sokong Ong


KUALA LUMPUR [1.10 pm] - Kesemua tiga menteri dan tujuh timbalan menteri daripada MCA hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga Presiden MCA dalam tindakannya menangani isu mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Dalam satu kenyataan bersama, menteri dan timbalan menteri itu, berkata mereka bersetuju dengan pendirian Ong bahawa kepentingan orang ramai perlu diutamakan dalam mencari penyelesaian kepada isu itu yang timbul akibat kos penyediaan zon berkenaan yang dilaporkan melambung melebihi RM4 bilion.

FM - MCA dan Ong Tee Kiat janganlah main wayanglah . Kes pembunuhan Beck Hock oleh SPRM telah semakin menghilangkan sokongan rakyat terutama masyarakat cina terhadap parti perkauman tersebut . Kemasukkan Datuk Chua Jui Meng ke dalam Keadilan juga memberikan tamparan hebat kepada MCA . Terpaksalah Tee Kiat dan MCA mengambil tindakan drastik sebegini senada dengan Pakatan Rakyat mendesak supaya skandal PKFZ ditangani segera . Yang membisu kelu Najib dan UMNgok !

Pakatan: Inkues, s'jaya 'perolok keadilan'

Pakatan Rakyat menyifatkan keputusan menubuhkan suruhanjaya diraja dan inkues – dengan dua bidang kuasa berbeza – bagi menyiasat kematian misteri Teoh Beng Hock sebagai "memperolok-olokkan keadilan, kebenaran dan ketelusan".
"Kunci persoalan bagaimana Teoh meninggal dunia mesti juga disiasat (oleh suruhanjaya diraja) dan dijawab. "Persoalan ini tidak boleh diasingkan daripada isu umum tentang bagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) mengendalikan siasatan."Tidak perlu untuk inkues ini diteruskan. Suruhanjaya diraja patut menyiasat keadaan kematiannya. Kami juga mempunyai keraguan yang serius terhadap keberkesanan inkues tersebut," kata Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah.
Beliau, yang juga seorang peguam, membacakan kenyataan bersama mereka dengan ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.Menurut mereka, inkues yang pernah dijalankan sebelum ini membuktikan bahawa majistret terikat dengan bukti yang dikemukakan oleh saksi-saksi polis yang menyiasat kes kematian tersebut. Sivarasa menambah, majistret yang bakal mengendalikan inkues tersebut turut terikat dengan timbalan pendakwa raya dan Jabatan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan."Pakatan Rakyat oleh itu menuntut bidang kuasa suruhanjaya diraja diperluaskan untuk untuk merangkumi kes kematian Teoh. Jika tidak, persoalan terpenting tentang kematiannya tidak akan menawarkan jawapan yang memuaskan orang ramai," katanya.
Sivarasa turut mempertikaikan siasatan polis dalam kes kematian Teoh kerana, menurutnya, banyak soalan yang tidak relevan diajukan kepada saksi, antaranya sama ada "mendiang seorang perokok".Katanya, beliau difahamkan, polis turut menyoal sama ada saksi berasa ganjil terhadap perlakuan Teoh sebelum ia meninggal dunia dan kenapa Teoh dibawa ke SPRM.Sementara itu, Dr Dzulkefly pula berkata, siasatan dua badan berbeza terhadap kes itu akan memungkinkan dapatan yang berbeza."Jika ini berlaku, ini menjadi krisis yang lebih parah," katanya, yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.Beliau juga menyifatkan penubuhan pelbagai badan bagi menyiasat kes tersebut sebagai "membazirkan wang wakyat.
"Lau pula menuntut pemimpin parti komponen lain dalam BN yang sebelum ini turut mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja itu agar menunjukkan "pendirian yang lebih jelas" selepas kabinet membuat keputusan semalam."Kita tidak dapat lihat pendirian mereka. Kita minta mereka bertanggungjawab terhadap apa yang mereka suarakan sebelum ini," katanya.Ketiga-tiga pemimpin Pakatan itu bagaimanapun belum membincangkan nama yang akan dicadangkan bagi mengepalai suruhanjaya diraja tersebut walaupun DAP Pulau Pinang sebelum ini mencadangkan nama naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Ibrahim."Soal bidang kuasa suruhanjaya diraja ini yang mesti kita selesaikan dahulu," kata Sivarasa.

Nik Aziz, Anwar sertai demo anti-ISA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan "deklarasi rakyat" pada tarikh tersebut.
Surat tersebut diserahkan kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman di pondok pengawal, kira-kira jam 11.50 pagi.Dalam salinan surat itu, yang diedarkan kepada media, GMI berhujah ISA perlu dimansuhkan kerana mencabuli hak-hak asasi sesuai dengan syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Ia juga memaklumkan "deklarasi rakyat" kepada Yang di-Pertuan Agong akan diserahkan oleh sekumpulan pemimpin yang disertai perhimpunan besar orang ramai yang bersama Pakatan Rakyat dan 83 NGO bawah GMI.
Syed Ibrahim diiringi Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzzaman Mohamad.Demonstrasi anjuran GMI bakal bertembung dengan ribuan pendukung akta kontroversi itu pada waktu dan tarikh tersebut.Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur mulai 11 pagi sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.Mereka kemudian akan menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut sebelum berarak ke Istana Negara.GMI, yang didukung parti pembangkang utama dan NGO hak asasi, memilih tiga lokasi perhimpunan mulai 2 petang - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral – sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Mereka mengarahkan semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan, sementara pendukung akta itu pula merancang berpakaian putih.Menurut Syed Ibrahim lagi, walaupun beliau menghormati hak NGO Melayu itu untuk berhimpun, tetapi mempersoalkan hasrat mereka untuk membuat perarakan pada tarikh yang sama."Mengapa mereka merancang pada waktu dan tempat yang lebih kurang sama dan menuju ke istana? Kalau boleh, elaklah. Harap tidak timbul masalah," katanya dalam sidang media itu.Beliau menjelaskan, GMI cuba mendapatkan permit polis dalam masa yang terdekat bagi memaklumkan perhimpunan yang mereka akan adakan.
"Sekiranya tidak dapat permit, kita berhasrat untuk meneruskan perhimpunan ini, kerana kita sudah menguar-uarkan kepada rakyat lebih awal, bahawa ini adalah perhimpunan aman, bukan usaha yang tiba-tiba," katanya.GMI juga telah berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jumaat lalu, meminta agar polis dapat memberi kerjasama kepada mereka semasa perhimpunan tersebut.

Razaleigh sertai PKR?

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Walaupun menafikan beliau akan menyertai PKR selepas dijemput secara terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, Tengku Razaleigh Hamzah dipercayai mempertimbangkannya dengan saksama.Bahkan, desas-desus yang mengatakan beliau akan menuruti jejak Datuk Chua Jui Meng yang menyertai PKR selepas menafikannya, kini bertiup kencang dan tidak ditolak oleh rakannya, Ustaz Ibrahim Azmi.
FM - Tunggu apa lagi YBM Ku Li . Duduk dalam UMNO macam kera sumbang je . Baik ambil tindakan keluar daripada UMNO dan serta Keadilan . UMNO sudah tidak relevan !

Kematian Teo: Kerajaan negeri kesal keputusan kabinet

SHAH ALAM, 23 Julai :- Kerajaan negeri Selangor kesal dengan keputusan yang diumumkan oleh kabinet yang memutuskan satu Suruhanjaya ditubuhkan dengan terma-terma khusus dalam siasatan kematian pembantu exco, Teo Beng Hock.Terma-terma tersebut ialah meneliti dan mengkaji peraturan yang berkaitan dengan soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi manusia semasa proses soal siasat terhadap Teoh untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan kekesalan dengan keputusan itu percaya Suruhanjaya ini perlu dipertaggungjawab untuk menyiasat kematian Teoh dan bukannya inkues seperti yang diputuskan oleh kerajaan persekutuan semalam.Beliau juga mempersoalkan keperluan untuk menggunakan dua prosiding yang berlainan untuk menyiasat perkara yang berkait rapat dan melibatkan saksi-saksi yang sama."Kita telah meminta satu Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian mendiang dan juga kredibiliti SPRM.
"Kita merasakan Suruhanjaya adalah prosiding yang terbaik bagi memastikan keadilan untuk mendiang dan keluarganya," katanya.Walaubagaimanapun, katanya, kerajaan negeri akan tetap akan melantik peguam untuk mewakili pihak pegawai kerajaan negeri dalam prosiding Suruhanjaya Diraja dan inkues."Langkah ini adalah perlu memandangkan mendiang Teoh adalah pegawai kerajaan negeri dan juga untuk memastikan hak-hak mendiang dan keluarga terbela," jelasnya.
Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan bahawa siasatan SPRM ke atas pegawai daan wakil rakyat Pakatan hanya boleh dilakukan di pejabat dimana mereka bertugas.Menurut beliau, keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri petang tadi adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan pegawai di samping memberi kerjasama kepada pihak SPRM sehingga siasatan ke atas tragedi ini selesai."Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri turut mengarahkan semua pegawai perlu memaklumkan kepada penasihat Undang-undang kerajaan negeri jika mereka dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan."Kerajaan negeri juga akan melantik satu panel peguam untuk membantu mana-mana pegawai yang disoal siasat," katanya dalam satu kenyataan

Khamis, 23 Julai 2009

Apa status kes 54 Adun BN Selangor habiskan RM 27 juta?

Jaraknya tidak sampai setahun selepas peristiwa kematian A.Kugan semasa di dalam tahanan polis, rakyat sekali lagi dikejutkan dengan tragedi ngeri kematian misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.Beng Hock dilaporkan ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu penyalahgunaan wang peruntukan melibatkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Tragedi tersebut menggamit pelbagai persepsi tidak menyenangkan terhadap pihak berkuasa tempatan. Di mana piagam kerajaan dalam menjamin keselamatan suspek semasa menjalani proses siasatan?Apatah lagi siasatan ke atas Beng Hock dilihat agak luar biasa apabila memakan masa terlalu lama (kira-kira 10 jam). Modus operandi itu secara tidak langsung menimbulkan unsur penderaan mental sekaligus bersalahan dengan etika hak asasi manusia.Justeru, tidak ada cacatnya desakan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan kerana tragedi tersebut memberi kesan besar kepada iltizam rakyat yang ingin melihat sesuatu perkara itu dari sudut keadilan.Tindakan mengunci suara mana-mana individu yang cuba melontarkan pandangan atau pendapatnya terhadap perkara yang berlaku menggambarkan bayangan seram pemimpin kerajaan cuba menyembunyikan kemungkaran di sebalik telunjuk sendiri.
Tidak mampu! Bahkan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara.Perspektif kerajaan adil tidak menepati kretirearnya selagi hak kebebasan rakyat bersuara masih diganggu-gugat dengan sekatan atau ugutan. Konsep 1Malaysia rakyat didahulukan, hanya sia-sia jika gagal mencipta satu dimensi baru secara keseluruhan buat rakyat.Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, sendiri boleh berspekulatif, kematian mangsa berpunca dari terjun bangunan, kenapa tidak dibolehkan rakyat turut berspekulatif ia adalah dari kejahatan SPRM berdasarkan kaitan 'environment'.
Sebelum ini, beberapa orang penyokong Dato� Norza Zakaria, calon Majlis Tertinggi Umno telah membuat laporan polis bahawa mereka telah didera dan diseksa oleh SPRM semasa soal siasat dilakukan ke atas mereka berkaitan rasuah melibatkan Norza.Justeru cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bukan menjurus kepada satu aspek tragedi kematian Beng Hock, tetapi apa yang lebih jauh dari itu ialah tahap keintegritiannya terhadap sesuatu kes.SPRM mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (Akta 694).Ia ditubuh bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi suruhanjaya.
Sebaliknya hari ini SPRM dilihat gagal membuktikan peranannya menyebabkan ramai orang mempertikaikan kredibilitinya seolah-olah mengamalkan polisi 'double standard'.Jika Beng Hock bersama Adun-Adun Pakatan yang lain SPRM boleh seagresif itu dalam menjalankan siasatannya, tetapi kenapa tidak terhadap beberapa pemimpin BN yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah bernilai jutaan ringgit?
Sebagaimana kes berlaku di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008 melibatkan wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?Dan kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion, serta istana bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, mencecah RM24 juta melebihi pendapatan asalnya di samping lawatannya ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.
Ringkasnya, ke mana pergi laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa pemimpin BN tidak dipedulikan SPRM? Rakyat menuntut jawapan tegas tanpa sebarang unsur politik.Kegagalan SPRM berbuat demikian bermakna SPRM telah mencalar polisi kebebasannya sendiri yang boleh dianggap penubuhannya adalah semata-mata untuk menjadi kuda tunggangan Umno-BN bagi melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat. - azm-

MAKLUMAN: Pakatan Rakyat Memorial Service for Teoh Beng Hock

Pakatan Rakyat Memorial Service for Beng Hock

Dimaklumkan bahawa Pakatan Rakyat akan mengadakan satu upacara memperingati mendiang Teoh Beng Hock. Butiran acara tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 23 July 2009 ( Khamis )
Masa: 8pm
Tempat: KL-Selangor Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur

Ucapan oleh:
DAP National Vice Chairman, YB Tan Kok Wai
DAP Parliamentary Leader, YB Lim Kit Siang
Penang Chief Minister, YAB Lim Guan Eng
PAS Vice President, YB Dato' Salahuddin Ayub
KEADILAN Secretary-General, Datuk Salehuddin Hashim
SUARAM Coordinator, Tah Moon Hui

Siasatan awam cari punca kematian Teoh - Malaysiakini

Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini tunduk kepada desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock. Keputusan rasmi kabinet itu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya menyebut:
Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.
Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.
Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.
Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut. Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah

There is many a truth in the parody - Raja Petra Kamarudin

NO HOLDS BARRED

Some of you may think that the MACC Downfall Parody video is in bad taste. I mean, how can we make fun of Teoh Beng Hock’s death when we should instead be mourning him? Yes, it was a hard decision to make as to whether to publish that video or not. But we decided to do it anyway not with intent to make fun of Teoh’s death but to reveal the real circumstances behind his death. And the video best describes the events behind what really happened.Many months ago, soon after Perak fell, Malaysia Today had revealed the plan to bring down the Pakatan Rakyat state governments of Selangor, Penang and Kedah. Unfortunately, instead of taking corrective measures by strengthening their defences against the onslaught, Pakatan Rakyat became embroiled in inter-party and intra-party bickering. And most of the bickering was about petty and personal issues involving personalities and egos.
Perak was supposed to be the beginning. Selangor, Penang and Kedah were supposed to follow suit. In time, all the states under Pakatan Rakyat, save Kelantan, would be back in the hands of Barisan Nasional.The Selangor plan was simple. The Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, and a few of the Selangor State EXCO Members would be arrested for corruption. They would be held a day or so in the lockup and then dragged to court to be charged. The trial would be speedy so that their resignations or disqualifications would come fast. And that would be the end of the Pakatan Rakyat Selangor government.
The modus operandi would be the same as what they did to Anwar Ibrahim in 1998. One need not actually receive money or benefit financially for it to be regarded as corruption. Even if your office is used in what could be perceived as an abuse of power or you personally instruct someone to ‘do something’ -- even if it does not involve money or financial gain -- that too would be considered corruption and you can be sent to jail.So the MACC was instructed to build a case against various people in the Pakatan Rakyat Selangor government, from the Menteri Besar down to his team of EXCO Members. And to implicate these people in corruption the junior officers would be hauled in and forced to make statements that their bosses instructed them to ‘do certain things’. This would be the ‘evidence’ they use to arrest and charge the Pakatan Rakyat leaders.
We must remember, Anwar Ibrahim was arrested, charged, put on trial, pronounced guilty, and sent to jail for six years in exactly the same manner. All they needed to do was to get the Special Branch to ‘reveal’ that Anwar had instructed them to ‘interfere’ in a police investigation. And that was strong enough evidence to send Anwar to jail.This whole thing came out in Anwar’s trial back in 1998 although many did not understand the implications at that time. The Special Branch officers testified that Anwar had summoned them to his office. And in Anwar’s office they engaged in a conversation. And the conversation involved Anwar asking the Special Branch to help force the witness, Azizan Abu Bakar, to retract his allegation of sodomy.Azmin Ali, Anwar’s political secretary at that time, testified that Anwar did not summon the Special Branch officers to his office. They had in fact come to Anwar’s office with a request to meet Anwar. Azmin told them that Anwar is busy and would not be able to meet them. But they told Azmin it is important that they meet Anwar and insisted that they be allowed to meet him.
And when they met Anwar they tried to persuade him to give them permission to arrest Azizan so that they could interrogate him and find out who are the ‘forces’ behind the allegation of sodomy. But Anwar was reluctant to allow them to do that and told them he would have to think about it first.
Anwar then went to meet Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad to seek his advice. Mahathir advised Anwar to just ignore the allegation. Mahathir said if he acted on every allegation made against him he would have no time to do any other work.
The Special Branch officers came to meet Anwar again and Anwar told them what Mahathir had said. The Special Branch officers, however, insisted that Anwar allow them to arrest Azizan. This matter involves national security, they said. It is not about Anwar. It is about ‘certain forces’ plotting the downfall of the Deputy Prime Minister and it is important that the police find out who they are for the sake of the nation’s security.
Finally Anwar had no choice but to say yes.The issue is simple. Did Anwar summon the Special Branch officers to his office or was it they who came to see Anwar? And was it Anwar who wanted them to arrest Azizan or was it the Special Branch who sought permission to arrest Azizan?Anwar and Azmin said it was the Special Branch officers who came to Anwar’s office and it was they who insisted that they meet Anwar. Anwar did not summon them to his office. And Anwar did not agree for them to arrest Azizan. It was the Special Branch that insisted Anwar allow them to arrest Azizan. But before they could do that Anwar would first have to make a police report.
The court accepted the Special Branch’s version of the story rather than Anwar’s and Azmin’s although during the trial the Special Branch officers testified that they were prepared to lie while on the stand if ordered to do so. Nevertheless, Anwar was found guilty and was sent to jail.So it is not difficult to send someone to jail for corruption. All you need to do is to get someone to testify that someone instructed him or her to ‘do something’. And if that ‘something’ is considered an abuse of power then you go to jail.
The MACC wanted Teoh to say that he too was ordered to ‘do something’ by those in the Pakatan Rakyat Selangor state government. If he says that then the MACC would have a case against the Pakatan Rakyat leaders. And they wanted the whole thing done fast. It must be settled by Friday because that was the day they wanted to arrest Tan Sri Khalid and a few of his EXCO Members.So the heat was on. Friday was the dateline. They wanted Tan Sri Khalid and his team arrested that same day. And they would have to use force if necessary to get Teoh to say what the MACC wanted him to say to meet this dateline.
And in their eagerness to get Teoh to talk they killed him. So the crucial witness was now dead. And they could not arrest Tan Sri Khalid and his team of EXCO Members on Friday as planned after all.So it is back to the drawing board. They will now need new ‘witnesses’. Other junior officers in the Pakatan Rakyat state government would need to be hauled in as ‘witnesses’ and would have to be made to testify under force that they had been instructed to ‘do certain things’ by ‘certain people’. Then these ‘certain people’ can be arrested and charged for corruption. And only then will the Pakatan Rakyat Selangor state government fall as planned.Yes, watch the MACC Downfall Parody video again. There is many a truth in that parody. The video may appear funny. It may look like it is meant as a joke. But it is not at all humorous in what they did to Teoh in their effort to bring down the Pakatan Rakyat Selangor state government.Malaysia-Today

Kes Anwar: Pendakwa dapat penangguhan sementara

Jul 22, 09 2:05pm

Mahkamah Tinggi hari ini memberikan penangguhan pelaksanaan interim, bagi permohonan penangguhan yang dibuat oleh pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan sebahagian besar dokumen yang diminta Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah memerintahkan ianya diserahkan kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula, sementara menunggu perbicaraan permohonan penangguhan pelaksanaan pada hari Jumaat ini.Pada 16 Julai lalu, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar dan mengarahkan pihak pendakwaan menyerahkan dokumen itu dalam tempoh tujuh hari, dan tempoh itu tamat esok.Mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk mendengar sebutan semula permohonan Anwar bagi mengenepikan dakwaan liwat terhadapnya dan sebutan semula kes itu.
Mohamad Zabidin hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan menangguhkan pendengaran bagi permohonan penangguhan yang dibuat, untuk membolehkan ia menjawab afidavit sokongan yang diserahkan kepadanya oleh pihak pendakwaan semalam.Mahkamah hari ini dijadualkan untuk mendengar permohonan penangguhan itu, namun seorang daripada peguam Anwar, Amer Hamzah Arshad berkata pihaknya hanya menerima salinan notis usul serta afidavit itu semalam, dan memerlukan masa untuk menjawabnya.
Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, membantah kerana menurutnya afidavit yang dikemukakan itu lebih bersifat fakta undang-undang dan berhubung dakwaan.Di dalam affidavit itu, pihak pendakwaan antaranya menyatakan penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah pada 16 Julai itu adalah perlu kerana perintah itu berhubung kenyataan saksi yang dirakamkan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah yang diarahkan dibekalkan kepada Anwar, akan memberi impak yang mana akan memudaratkan penyiasatan pendakwaan bukan sahaja dalam kes ini tetapi dalam kes jenayah lain.
Affidavit itu juga menyatakan penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu juga perlu bagi mengelakkan rayuan pendakwaan terhadap perintah itu di Mahkamah Rayuan menjadi akademik kerana ia adalah persoalan undang-undang yang penting.Anwar, 65, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 24, di Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara pada 26 Jun tahun lalu.
Hakim turut membenarkan permohonan peguam Amer Hamzah untuk memberi kebenaran kepada Anwar untuk tidak menghadiri pendengaran permohonan penangguhan itu Jumaat ini.

Pro-ISA bertembung demo anti-ISA

Demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang bakal bertembung dengan ribuan pendukung akta kontroversi itu, 1 Ogos ini.Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu bakal memimpin "rakyat Malaysia yang cintakan keamanan" berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA.
Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan rancangan itu.Katanya, dengan berpakaian putih, mereka akan berhimpun pada jam 1 tengah hari dan mengumpulkan tandatangan orang ramai meminta kerajaan mengekalkan akta tersebut."Kita juga bercadang hantar memorandum (mengekalkan ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong jika dibenarkan," katanya.Perhimpunan tersebut yang bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dibuat serentak dengan Himpunan MANSUH anjuran GMI yang ingin berarak ke Istana Negara.
GMI, yang didukung parti pembangkang utama dan NGO hak asasi, memilih tiga lokasi yang selama ini menjadi pusat perhimpunan anti-kerajaan - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral – sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.Mereka mengarahkan semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan.
Perhimpunan itu dijangka bertukar pentas untuk menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock - setiausaha exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - yang ditemui mati dalam tanda tanya dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis lalu.
Ditanya sama ada tindakan Pewaris bakal mencetuskan pertembungan dengan penunjuk perasaan yang menentang ISA, Rahimuddin berkata, "mereka tidak berniat mencetuskan perkara itu"."Kalau (mereka) kata kebebasan bersuara, kami pun nak guna juga. Kita tidak ada niat pun nak bertembung dengan sesiapa," katanya, sambil menyifatkan pemilihan tarikh itu "cuma kebetulan sahaja".Pewaris akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan persiapan akhir, termasuk memohon permit polis bagi tujuan itu. Sidang media bagi mengumumkan perkara itu dijangka dibuat beberapa hari lagi.
FM - MENARIK NI !!!!! PAKAT TURUN RAMAI-RAMAI SOKONG ANTI-ISA ! BJU HITAM MERAH LWN BAJU PUTIH ! PENING FRU NANTI ! KITA TENGOK 1 OGOS NANTI !