Insyaallah kita akan kerja habis-habisan di sana bagi memastikan kemenangan Parti Keadilan Rakyat di Batu Sapi.


Menurut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009, projek yang beralih tangan dari Kementerian Pelajaran ke Kementerian Pengajian tinggi pada tahun 2004 ini, sepatutnya disiapkan pada 14 September 2003. Namun demikian, ia belum siap bina sehingga kini biarpun hampir 10 tahun berlalu, dan RM294.74 juta telah dibelanjakan berbanding kos asal projek, iaitu RM219 juta.
"Memandangkan politeknik ini masih belum disiapkan, Kerajaan terpaksa menanggung kos sewaan tempat belajar sebanyak RM2500 sebulan, dan setakat bulan Disember 2009, sejumlah RM130,000 telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Selain itu, bilangan pengambilan pelajar juga terpaksa dihadkan setakat 64 hingga 347 pelajar sahaja berbanding 5,000 pelajar yang dirancang."
Pada pandangan Audit, prestasi kerja dan kedudukan kewangan sesebuah syarikat perlu dijadikan asas dalam pemilihan kontraktor dan subkontraktor bagi melaksanakan projek Kerajaan supaya projek berjalan lancar dan tidak merugikan Kerajaan.
"Selain itu, pihak Kementerian dan JKR juga hendaklah memantau dan memberikan pengawasan yang rapi terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor serta perunding bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut spesifikasi dan siap dalam tempoh yang ditetapkan."
Latar belakang projek
Pada masa yang sama, Ketua Audit Negara juga mengingatkan Jabatan Kerja Raya untuk mengambil tindakan bagi memungut denda kelewatan yang berjumlah RM4.34 juta daripada Kausar.
Menurut laporan, projek ini dilaksana secara reka dan bina oleh Yayasan Kontraktor Melayu Pahang Corporation Bhd (YKMP) yang dilantik secara rundingan terus, pada peringkat awal. Nilai kontrak berjumlah RM219 juta dan tempoh siap projek selama 24 bulan, dari 15 September 2001 hingga 14 September 2003. YKMP telah melantik anak syarikat Kausar Corporation Sdn.Bhd, iaitu V.C.Technologies Sdn.Bhd sebagai subkontraktor untuk melaksanakan projek tersebut.
Projek ini gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kontraktor berkenaan telah ditamatkan kontraknya pada 15 Disember 2003.
Kemudiannya, Syarikat Kausar Corporation Sdn.Bhd telah dilantik untuk menyiapkan projek ini, diberi tempoh antara 10 November 2005 hingga 9 Mei 2007. Bagaimanapun, sejarah berulang dan syarikat ini ditamatkan kontrak pada 6 Mei 2008.
Seterusnya, syarikat MMN Bina Sdn.Bhd (MMN Bina) telah dilantik untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh 12 bulan, mulai 24 Februari 2009 hingga 23 Februari 2010.
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.
Saya tertarik dengan suasana pemilihan 2010 . Setakat hari ke 2 pemilihan yang dijalankan oleh 38 cabang pada 29 dan 30 Oktober 2010 memperlihatkan bagaimana bertaburan chai/kumpulan beredar di semua lokasi pusat-pusat pembuangan undi .
Kempen "Kembalikan Hak Air kepada Rakyat" serta Tandatangan & Ceramah Penerangan akan diadakan diseluruh Negeri mulai 6 Nov melibatkan EXCO & YB menjelaskan isu air ini. Kemuncaknya ialah "PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT" pada 5 Disember di Masjid Negara jam 1 tghari dan berarak ke Istana Negara menyerahkan Memo Rayuan kepada yang Di Pertuan Agung.
Semua pemimpin dan pendukung PR harap dapat beri kerjasama dalam semua program yang diatur serta bantu kerja mobilisasi bagi mempastikan kejayaan program ini.
Penganjur bersama:
Dr Badrulamin (Keadilan), Mat Sabu (PAS), YB Teressa (DAP).
| Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, ujar beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen semalam. Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu. Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK. Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan . |

![]() |
![]() |
![]() |
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
![]() |
![]() |
![]() |
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

| Malaysia 'tersangkut' di tangga 56 indeks rasuah | |||

Beliau berkata kegagalan menangani rasuah akan mengagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi memandangkan pertalian terus antara rasuah dan pendapatan per kapita.
Di samping itu, katanya lagi, usaha yang dibuat oleh kerajaan melalui GTP belum lagi menghasilkan sebbarang kejayaan kerana faedah daripada usaha yang dilakkukan akan mengambil masa sebelum kesannya dapat dirasai oleh rakyat di negara ini.
Menurut setiausaha agung TI Malaysia, Ngooi Chu-Ing, antara yang paling ketara adalah persepsi umum bahawa kerajaan kurang azam politik untuk menangani rasuah.
"Kita boleh lihat sebagai contoh, terdapat kebimbangan di kalangan umum bahawa tiada "ikan besar" yang didakwa dan juga kemajuan yang lembab dalam mengenalpasti serta mendakwa individu yang terbabit dalam skandal PKFZ (Port Klang Free Trade Zone).
"Begitu juga dengan keputusan "tiada sebarang tindakan"" (NFA) oleh peguam negara terhadap individu-individu yang didakwa mempengaruhi pelantikan hakim dalam badan kehakiman dan amalan berterusan memberikan kontrak projek-projek Mega secara tidak telus," katanya.
TI-Malaysia, katanya mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa mendakwa disamping membolehkan badan itu melaporkan secara terus kepada ahli jawatankuasa parlimen.
"Pada masa kini, menteri kabinet mengistiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri namun butir-butir pengisytiharan harta mereka tidak pernah diumumkan kepada awam...kami juga menggesa ditegakkan kebebasan maklumat melalui pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Penerbitan dan Percetakan," katanya.
Ketua pasukan peguam bela, Karpal Singh hari ini membantah tindakan saksi iaitu pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim yang mengemukakan salinan laporan perubatan awal yang tidak ditandatangani oleh doktor kepada mahkamah.Bagaimanapun Razali berkata beliau tiada laporan itu dengannya buat masa sekarang.
Justeru, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah mengarahkan prosiding ditangguhkan sementara bagi membolehkan Razali mendapatkan dokumen kontroversi itu daripada HKL.
Seorang lagi peguam pasukan Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa perbicaraan sudah tentu tidak terganggu hari ini sekiranya pasukan pembelaan diberikan dokumen-dokumen penting terlebih awal.
“Pemeriksaan telah dilakukan pada 28 Jun, kami andaikan bahawa beberapa nota telah pun diambil, sejarah perubatan (juga) diambil. Temu bual (dengan Saiful) sudah tentu telah diadakan.
“Berdasarkan pada pemeriksaan, ‘B’ seharusnya telah disediakan,” kata Sankara merujuk kepada laporan awal kontroversi itu.
Peguam ini menekankan, pada laporan 13 Julai, hanya dua baris sejarah perubatan Saiful disebutkan.
Oleh itu tambah beliau, laporan awal diperlukan untuk membuat perbandingan dalam menentukan sama ada apa-apa tertinggal dalam laporan perubatan terakhir, yang dikemukakan kepada mahkamah.
“Jika diberikan kepada kami terlebih dahulu, isu ini sudah pasti tidak timbul,” kata Sankara lagi.
Kata beliau, pasukan mereka akan mengambil langkah-langkah perlu untuk menangani perkara-perkara lain yang memberi kesan ke atas urutan proses mengemukakan soalan nanti.
Selepas kembali ke mahkamah kira-kira satu setengah jam kemudian, Yusof mengumumkan bahawa pegawai penyiasat memerlukan lebih banyak masa untuk mencari laporan asal perubatan pertama.
Pendakwa raya menambah, mereka telah mengemukakan salinan laporan pertama yang tidak ditandatangani, daripada patologi forensik HKL Dr Siew, dan boleh mengemukakannya terlebih dahulu.
Bagaimanapun pasukan pembelaan membantah keras.
“Salinan yang tidak ditandatangani tiada apa-apa kesan,” kata Karpal.
“Saksi memberitahu adanya satu salinan yang ditandatangani oleh kesemua tiga doktor,” kata Karpal.
“Itu yang kami mahukan,” tegas beliau.
Ekoran itu, Zabidin kemudian menangguhkan prosiding sehingga 9 pagi esok.