klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 1 Jun 2009

JAZAKALLAH ! TAHNIAH ! TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SKUAD PILIHANRAYA DAN SEMUA AMK

Saya selaku Pengarah Pilihanraya AMK merakamkan jutaan terima kasih , syabas dan tahniah kepada teman-teman Skuad Pilihanraya AMK dan seluruh jentera AMK yang telah berkampung di Penanti . Saya bener-benar terharu di atas segala kesungguhan , komitmen dan kerja kuat semua teman-teman bagi memastikan kemenangan Parti Keadilan Rakyat dan YB Dr. Mansor Othman di N12 Penanti.
Kali ini walaupun kita tidak berdepan dengan UMNO / BN tetapi kita tetap bekerja tanpa penat dan lelah seolah-olah kita berdepan dengan mereka . Walaupun tanpa UMNO , kita masih terus diserang oleh media milik UMNO , ditekan oleh pihak atasan polis dan SPR yang sentiasa tidak telus dan profesional .
Pelbagai usaha UMNO untuk menghasut para pengundi Penanti terutama para penyokong tegar UMNO bagi memastikan mereka tidak keluar mengundi . Termasuk perancangan jahat mereka untuk membawa para pengundi melawat Padang Besar atau Langkawi , namun berjaya kita patahkan .
Pelbagai program , strategi dan pendekatan telah kita laksanakan sebaik mungkin bagi mestikan para pengundi termasuk pengundi muda sejumlah 40% mejalankan tanggungjawab mereka .
Saya amat berbangga dengan komitmen teman-teman Wanita Muda ( Sri Mawar ) AMK yang begitu aktif , berkemampuan dan kreatif . Beberapa assigment yang saya berikan telah berjaya mereka laksanakan dengan baik dan sukses .
Sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan tahniah dan syabas atas kejayaan yang bermakna ini yang insyaallah akan kita bawa ke PRK Manek Urai . Terima kasih saya kepada teman-teman AMK Permatang Pauh dan AMK Negeri Pualau Pinang di bawah pimpinan YB Yusmadi dan juga teman-teman di Kg. Guar Perahu di bawah pimpinan "Bayang dan Man" . Anda semua memang hebat .
Penghargaan saya juga kepada semua yang memberikan komitmen terutama Sdr. Amir Ghazali , Ketua AMK Permatang Pauh. Kerjasama tuan sangat-sangat saya hargai .

Selamat Berjuang ! Reformasi !

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat
merangkap
Pengarah Pilihanraya AMK Pusat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan