klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 8 Jun 2009

TRAGEDI 06/02 : SPRM BUTA , POLIS BISU



Saya masih benar-benar kesal terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) dan Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) yang terus bersikap diam membisu dan membutakan mata dengan tragedi 06/02 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh .
Saya tidak akan terus berhenti untuk mendesak agar 2 badan pengamal undang-undang ini bertindak dengan telus , jujur , amanah dan profesional terhadap insiden ini .
SPRM dan PDRM seharusnya bertindak pantas dan segera . Saya benar-benar hairan kenapa SPRM tidak mengambil sebarang tindakan dan membisu sejak runtuhnya stadium tersebut pada 2 Jun 2009 .
YAB Datuk Ahmad Said ada menyatakan sehingga sekarang beliau tidak pernah dihubungi oleh SPRM berkaitan kejadian tersebut untuk diambil keterangan . SPRM agaknya sudah buta sehingga sekarang tiada mengambil sebarang tindakan .
Saya sekali lagi mengulangi desakan terhadap pihak PDRM yang terus membisu tanpa sebarang tindakan terhadap insiden tersebut. Sehingga sekarang saya tidak dipanggil oleh Pegawai Penyiasat untuk di rakam percakapan . Pelik dan menghairankan . Kalau sebelum ini , sekiranya saya tidak hadir untuk di rakam percakapan maka bertubi-tubi mereka talifon untuk meminta saya berjumpa pegawai penyiasat bertugas . Saya telah membuat laporan polis pada 3 Jun 2009, sehari selepas stadium tersebut runtuh .
Saya teruskan tindakan saya dengan membuat Sidang Media pada 4 Jun 2009 di Uncle Chua Kopitiam , Ladang , Kuala Terengganu . Dalam Sidang Media tersebut saya tegaskan bahawa Datuk Bandar MBKT perlu disiasat segera kerana beliau terlibat dengan pengeluaran CF Stadium tersebut . Tapi tidak mendapat perhatian pihak PDRM ,
Rakyat Terengganu sedang menunggu keputusan dan tindakan pihak SPRM dan PDRM terhadap kes ini . Rakyat inginkan ketelusan dan kerja profesional dua agensi ini .

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan