klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 12 Oktober 2009

Kalah Tetapi Bermaruah : Terima kasih kepada semua Jentera AMK

Saya selaku Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia merakamkan jutaan terima kasih dan syabas kepada seluruh jentera AMK dari seluruh negara yang telah bekerja dengan penuh istiqamah dan bersungguh-sungguh di PRK N3 bagan Pinang bermula dari 3 Oktober sehinggalah 11 Oktober .
Saya amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh seluruh warga AMK yang telah memberi tenaga bakti , mengorbankan wang ringgit , masa dan segala-galanya berkampung di DUN Bagan Pinang wal;aupun berdepan dengan pelbagai risiko dean keselamatan diri .
Walaupun keputusan amat mengecewakan dengan kekalahan PAS bagi pihak Pakatan Rakyat , saya amat berpuas hati dengan gerakerja dan soladiriti serta mobilisasi anak-anak muda berjiwa kental dan berdaya juang sepanjang PRK .
PRK bagan Pinang seperti juga PRK yang lain , kita berdepan dengan petandingan yang berat sebelah . Pertempur dalam suasana gelanggang yang senget , pengadil yang berat sebelah dan amalan serta permainan kotor lagi jelek pihak lawan . Malah pihak yang seharusnya menjaga keselamatan dan pelaksana undang-undang turut sama bersekongkol dengan pemimpin UMNO/BN .
PRK Bagan Pinang diwarnai dengan tindakan ganas dan tidak bermoral upahan UMNO/BN yang mencemar demokrasi dan iklim berkempen di sana . Keghairan mereka hingga sanggup memaki hamun , mencedera , memukul , memprovokasi dan menggunakan senjata kepada para petugas kita terutama pemuda-pemuda PR. Syabas kepada semua teman-teman yang terus kental dan berjiwa waja , terus berjuang sehingga ke wisel penamat . Itulah kekuatan kita .
Rakyat Bagan Pinang majoritinya terus memilih 'Perasuah' menjadi pemimpin mereka . Pengalaman yang sama saya pernah harungi selama 5 tahun di Negeri Sembilan sewaktu masih berkhidmat sebagai guru di mana saya ditukarkan di Felda Palong , Negeri Sembilan. Sebab itu kekalahan kita tidak begitu mengecewakan saya . Walaupun calon yang tidak berakhlak dan bermoral tetap dipilih oleh rakyat di Negeri Sembilan asalkan berlambang-logokan UMNO/BN.
Kita juga berdepan dengan jumlah pengundi pos yang sangat ramai . Walaupun pelbagai cadangan , desakan dan bukti berkaitan 'undi pos' tetap tidak diambil endah oleh SPR . Saya teringat kepada kata-kata YB Saifuddin Nasution sewaktu beliau sebagai Timbalan Ketua Pemuda Keadilan ( sekarang AMK ) dalam satu mesyuarat exco , sewaktu beliau sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia mengadakan pertemuan dengan SPR . Pengerusi SPR ketika itu menyatakan " SPR ADALAH BENTENG TERAKHIR BN" .
Sewaktu Najib Razak di Perancis , beliau seolah memberikan amaran dan peringatan , " majoriti kecil atau besar tidak penting , tetapi mesti menang!". Mereka akan sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menghalalkan cara bagi menunaikan permintaan Presiden merangkap Perdana Menteri mereka .
Kekalahan ini perlu dipost mortem bagi memperbaiki kelemahan di masa akan datang . Kekalahan kita adalah bermaruah . Apa erti kemenangan sekiranya kemenangan itu penuh kekotoran , kezaliman dan kejelekan . Jangan berputus asa , jangan lemah semangat . Redha menerima kekalahan dengan berlapang dada . Perbaharui tekad dan semangat .
Kali ini soladariti Pemuda PR semakin mantap . Mobilisasi Pemuda PR di Bagan Pinang menjana kekuatan secara kolektif .
Jazakallah dan semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita !
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Malaysia
merangkap
Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia

1 ulasan: