Apabila ingat Isa , maka ingat RASUAH !
Malangnya bagi majoriti rakyat atau pengundi di Bagan Pinang masih belum menerima dan menghayati betapa jijik dan kejinya amalan dan pelaku amalan koter tersebut . Isa dilihat sebagai ikon rasuah bagi UMNO tetap dipilih oleh majoriti rakyat di Bagan Pinang . Rakyat di bagan Pinang tidak menghiraukan rekod jenayah yang dilakukan oleh Isa , malah mengangkat kembali maruah jijik Isa dipersada politik . Malah kemenangan dengan majoriti yang lebih besar iaitu lebih daripada 5000 undi berbanding penyandang sebelum ini hanya 2333 undi majoriti .
Malah amat mengecewakan apabila gejala merasuah pengundi sepanjang PRK Bagan Pinang seperti "ikan menelan umpan dan mata kail" berlaku dikalangan pengundi . Tidak ada sesiapa pun yang sanggup tampil mendedahkan perilaku kotor tersebut. Terus menelannya dan diterjemahkan di atas kertas undi .
Meletakkan Isa sebagai calon dan seterusnya memenangi PRK bagan Pinang yang paling kotor dan ganas dalam sejarah pilihanraya tidak akan mampu merobah persepsi terhadap UMNO / BN sebagagai parti yang sinonim dengan RASUAH . UMNO ialah RASUAH dan RASUAH adalah UMNO . Gendang perang terhadap rasuah oleh UMNO hanyalah retorik semata-mata untuk mengabui mata rakyat .
Nampaknya rakyat Malaysia masih dapat menerima amalan dan gejala rasuah yang dilakukan oleh pimpinan UMNO / BN . Setiap tahun indeks persepsi rasuah di negara kita memperlihatkan amalan dan gejala rasuah yang semakin meningkat . Amalan politik wang di dalam UMNO adalah pendidikan kepada rakyat . Adalah amat malang apabila amalan tersebut dianggap biasa , normal dan diterima sebagai bukan kesalahan .
Ini bermakna kegagalan Kerajaan pimpinan UMNO/BN . Ini adalah kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) yang tidak mampu mendidik rakyat . Bersetuju dengan pandangan sahabat saya " SPRM hanya menumpukan kepada amalan rasuah yang telah pun berlaku tetapi tidak kepada usaha-usaha mencegah dan mendidik rakyat menghindari dan menjauhi amalan rasuah".
Penerimaan rakyat Bagan Pinang kepada Ikon Rasuah UMNO juga satu pendidikan kepada 1 Malaysia . Usaha UMNO mendidik rakyat 1 Malaysia menerima perasuah dan amalan rasuah . Malaysia menuju kehancuran dengan petanda kemenangan Isa di Bagan Pinang .
farizmusa.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan